28 tahun untuk siap tetapi hanya 30 minit untuk dihabiskan – Clockwork Aquario

Clock Aquario adalah permainan video aksi pelantar dengan tema arked dilancarkan di PlayStation 4 dan Nintendo Switch lewat 2021.

Clockwork Aquario mendapat nama di dalam industri permainan video disebabkan satu perkara.

Permainan ini dibuat oleh Westone satu syarikat yang sudah mengeluarkan beberapa permainan di SEGA’s System 16B.

Clockwork Aquario sebenarnya mula dibuat pada tahun 90-an dan disiapkan oleh United Games Entertainment.

Malah Guinness World Records juga sudah diberi untuk Clockwork Aquario kerana permainan video ini memerlukan masa 28 tahun 81 hari untuk siap.

Sijil itu diberikan untuk permainan video paling lama untuk disiapkan di dalam dunia.

Clockwork Aquario / Credit: ININ Games

Clockwork Aquario memerlukan anda untuk mengalahkah Dr Hangyo dari mengawal dunia dan menghabiskan permainan ini dengan hanya satu nyawa.

Apa yang menarik permainan ini boleh dihabiskan dalam masa 30 minit sahaja.

Ada boleh memilih tiga karakter iaitu Huck Rondo, Elle Moon dan Gush.

Clockwork Aquario / Credit: ININ Games

Ryuichi Nishizawa adalah pereka permainan untuk Clockwork Aquario dan tidak menyangka laman sosial bakal membawa permainan ini untuk hidup semula.

Clockwork Aquario kini boleh dibeli di Nintendo Switch, PlayStation 4 dan PC serta Xbox untuk tahun ini.

Rujukan: GamingBible

RELATED NEWS

+