3 Kaedah Untuk Memupuk Gaya Healthy Gaming Untuk Pelajar Dan Pemain

“Main game buang masa, tiada faedah, menyumbang ke masalah mental” adalah cemuhan kita sering dengar dalam kalangan masyarakat. Baru-baru ini, cemuhan semakin menjadi-jadi apabila rata-rata pelajar mengabaikan pembelajaran dan penglibatan sosial lain dalam kehidupan kerana asyik bermain game sehingga merisaukan ibu bapa dan para pendidik.

Ketua penerangan Esports Malaysia (ESM), Muhammad Farouq “Flava” yang berucap semasa di Kejohanan E-Sukan Kampus di UiTM Lendu, Melaka berpendapat cemuhan ini bukanlah penghalang untuk seseorang untuk mencari keseimbangan antara bermain game dan kehidupan baik sebagai pelajar mahupun bagi mereka yang telah bekerja.

Apa itu Healthy Gaming?

Menurut Farouq, gaya “healthy gaming” merujuk kepada mencari kestabilan antara bermain game tanpa mengendahkan pembelajaran dan pekerjaan penting dalam kehidupan. Beliau mengaku bermain game ini boleh menjadikan seseorang ketagih dan mereka cenderung untuk melakukan perkara tidak menyihatkan seperti duduk di kerusi terlalu lama, melihat skrin komputer dan telefon pintar terlalu lama dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan badan.

Selain itu, game itu boleh mendedahkan pemain kepada persekitaran toksik semasa bermain. Farouq beri contoh, “Apabila kita bermain game online, kita bukan sahaja bermain antara orang Malaysia malahan ada orang luar negara bermain bersama-sama seperti orang Indonesia, Vietnam, Singapura dan sebagainya.”

“Semasa kita tengah dalam permainan, ada sesetengah pemain mengeluarkan kata-kata kesat termasuk kutukan, kata rasis dan sebagainya.” Contoh ini datang dari dalam perangai pemain dan ini memberi impak kepada psikologi pemain.

Mengurus masa dengan baik

Farouq menerangkan cara untuk capai healthy gaming adalah pengurusan masa yang bagus. Beliau menjelaskan lanjut dengan mengambil contoh dari seorang atlit e-sukan profesional bahawa mereka mempunyai jadual tetap mereka sendiri terdiri daripada bermain game bersama ahli pasukan secara berkala dalam 2 jam dan kemudian, berehat dalam masa sejam untuk berbincang bersama ahli kumpulan.

Dalam konteks pelajar, disiplin itu adalah penting dalam pengurusan masa. Farouq berkata, “Pastikan korang siapkan kerja rumah, adakan sesi ulangkaji dan membuat satu jadual bermain game yang sesuai dan korang boleh ikut sepanjang masa.”

Perlukan kerjasama semua orang untuk pupuk gaya Healthy Gaming

Akhir sekali, Farouq menyeru untuk semua pemain bagi mengamalkan gaya healthy gaming. “Ia memerlukan kerjasama semua orang supaya kita boleh hindar persepsi negatif tentang bermain game sehingga memberi impak buruk kepada kehidupan,” kata Farouq.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+