3 lagi siri League of Legends dalam pembikinan – Penerbit Arcane

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Penerbit Arcane, Christian Linke mengesahkan tiga lagi siri League of Legends akan hadir nanti.

Arcane akhirnya berakhir dengan penutupan saga Piltover minggu lepas.

Masa depan siri Arcane setakat ini masih dalam misteri dan banyak lagi penceritaan dari dunia League of Legends boleh diceritakan.

Dalam temubual bersama Necrit94, Penerbit Arcane Christian Linke mengesahkan terdapat tiga lagi cerita dari dunia League of Legends dan salah satunya sudah setahun berada dalam pembikinan.

Antara tiga rantau dari Runeterra yang akan diceritakan adalah Noxus, Ionia dan Demacia.

Noxus adalah tempat asal Mel dan Ambessa Medarda yang dikenali sebagai kawasan yang memberi fokus kepada konflik dan tawanan.

Foto; League of Legends

Ionia pula adalah tempat kepulauan yang mempunyai beberapa kawasan mereka tersendiri yang digelar First Lands yang didiami oleh Irelia, Master Yi, Shen dan Zed.

Demacia pula adalah antara negara terbesar dalam dunia League of Legends.

Antara champion popular yang tinggal disitu adalah Fiora, Garen, Kayle dan Lux.

Ini bermakna banyak lagi cerita Runeterra yang akan keluar.

RELATED NEWS

+