3 pemain profesional Legends of Runeterra dikenakan ban selepas didapati menipu

Sisi e-sukan Legends of Runeterra baru ini tidak disangka-sangka akan ada pemain dari Asia Pasifik ditangkap menipu ketika saringan ranking terbuka kedua untuk ESL Mobile Open.

[webp-to-jpg output image]

Esports Integrity Commision (ESIC) semalam mengeluarkan kenyataan dan disokong oleh ESL Asia mengenai tiga pemain yang menggunakan boosting. Tiga pemain itu adalah:

  • Le Hiep
  • DiaComSuon
  • Cuticini

Mereka sudah pun diharamkan dari menyertai kejohanan itu.

Sebelum itu pada 25 Jun lepas ESL Vietnam juga sudah membatalkan penyertaan lima akaun kerana pergerakan yang mencurigakan ketika kenaikkan mata di ranking.

Kelima-lima akaun itu adalah dari orang yang berada di dalam clan yang sama dalam LoR.

Ini menunjukkan mereka sengaja berlawan sesama sendiri untuk menaikkan ranking mereka.

Setakat ini tiada lagi kenyataan dari pemain ESL Asia/Vietnam tentang perkara ini.

RELATED NEWS

+