3D Gaming lebih lancar dengan mod 3D Ultra di SpatialLabs TrueGame oleh Acer

Pernah dengar 3D Gaming? Ia adalah pengalaman permainan alaf baru yang membolehkan anda bermain permainan video terutamanya yang bertaraf AAA dengan lebih imersif.

Acer baru-baru ini mengumumkan kemaskini besar untuk SpatialLabs TrueGame, aplikasi permainan 3D yang tidak memerlukan kacamata dengan tambahan mod 3D Ultra.

Ciri baharu ini memberikan pengalaman gaming 3D dengan penambahbaikan pada stereo, dan memprojekkan geometri 3D dengan lebih mendalam dan seakan-akan seperti realiti. Ia sesuai untuk anda yang suka meneroka setiap pelosok kawasan dalam permainan.

TrueGame ini juga sesuai untuk pelbagai pemain yang sukakan permainan video AAA berlainan jenis contohnya seperti God of War, Kena: Bridge of Spirits, Octopath Traveler, Ori and The Will of the Wisps dan Psychonauts 2.

Bagaimana pengalaman 3D ini boleh terhasil?

SpatialLabs TrueGame 3D Ultra mode menggunakan kombinasi pengesanan mata, paparan stereoscopic 3D dan rendering secara langsung. Setiap objek kemudiannya menjadi seakan ‘hidup’ dan persekitaran 3D serta karakter juga dirasakan sama.

Yang paling menarik, anda boleh menikmati pengalaman 3D ini dengan hanya satu butang dan boleh menukarkannya kepada mod biasa tanpa perlu menunggu. 

Ketersediaan

Mod 3D Ultra ini akan hadir melalui kemaskini perisian pada akhir Januari ini. Antara produk yang menyokong teknologi ini adalah komputer riba gaming Predator Helios 300 SpatialLabs Edition dan paparan Acer SpatialLabs View.

RELATED NEWS

+