4 e-sukan yang semakin popular tetapi anda tidak pernah tahu

Banyak sebenarnya permainan video e-sukan yang semakin popular tetapi ramai tidak tahu.

E-sukan sentiasa berubah dan berkembang dengan pelbagai jenis permainan video.

Banyak permainan video lama yang kini membawa babak kompetitif mereka tersendiri.

Jom tengok 4 E-sukan yang semakin popular tetapi anda tidak pernah tahu:

1. Super Mario Strikers

Super Mario Strikers pada mulanya keluar di Nintendo GameCube pada tahun 2005.

Permainan Mari Strikers adalah anda bermain bola sepak ditambah dengan kuasa dan item dari permainan Super Mario.

Setiap karakter juga akan mempunyai kuasa masing-masing.

Sekuelnya Mario Strikers Charged dikeluarkan di Nintendo Wii dan mendapat sambutan lebih hebat akibat mempunyai permainan atas talian.

Dolphin yang menjadi emulasi permainan video lama sudah membuatkan Mario Strikers kembali disebabkan permainan atas talian boleh dibuat.

Kini komuniti Mario Strikers banyak membuat pertandingan untuk membawa permainan ini jauh lebih popular.

2. Sonic Riders

Sonic Riders keluar pada tahun 2006 untuk Nintendo GameCube.

Boleh dikatakan ini adalah jawapan SEGA untuk berlawan dengan Mario Kart.

Dari menggunakan kereta go-kart, sebaliknya karakter-karakter dari Sonic ini menggunakan hover board, basikal dan papan luncur.

Dolphin menjadi pelantar utama untuk bermain peraminan ini.

Potensi kompetitif permainan ini nyata banyak menarik minat orang luar kerana lain dari Mario Kart.

Malah disebabkan filem Sonic, permainan ini kini mendapat populariti baharu.

3. Megaman Battle Network

Satu-satunya permainan e-sukan yang berada di pelantar GameBoy Advance.

Megaman Battle Network selama ini sudah lama mempunyai mod untuk berlawan dengan pemain lain.

Menggunakan emulasi dan klien atas talian, Megaman Battle Network membawa anda untuk berlawan dengan orang lain dengan lebih mudah.

Setiap pemain akan memilih chip masing-masing untuk berlawan dan anda akan menyerang musuh menggunakan kelebihan chip untuk mengalahkan pihak lawan.

Setiap chip yang digunakan mempunyai strategi yang sangat banyak sehingga mempunyai meta tersendiri.

4. Geoguessr

Permainan ini wujud dengan menggunakan Google Map dan meletakkan anda dimana-mana tempat di dalam dunia dan anda perlu teka dimana anda berada.

Lebih dekat tekaan anda di peta lebih banyak mata anda dapat.

Dalam pertandingan anda akan ditempatkan di dalam satu negara dan anda perlu teka bandar mana anda berada.

Apa lagi permainan video dengan potensi e-sukan yang anda tahu?

RELATED NEWS

+