4 Karakter Anime Arnab terbaik – Selamat Tahun Baru Cina

Bagi menyambut Tahun Arnab bersempena Tahun Baru Cina banyak sebenarnya dimasukkan sebagai karakter-karakter penting dalam anime.

Ini 4 Karakter Anime Arnab terbaik:

1. Totoro (My Neighbour Totoro)

My Neighbor Totoro | Netflix

Totoro adalah satu roh hutan yang berkawan dengan Mei dan Satsuki apabila mereka berpindah ke rumah baharu.

Walaupun Totoro bukan arnab tetapi ada satu teori mengatakan Totoro adalah hasil gabungan arnab dan lain-lain haiwan.

2. Carrot (One Piece)

Who Is Carrot in One Piece? How Old Is She, Did She Join the Straw Hats

Carrot adalah gabungan arnab dan cerpelai dari Puak Warrior Beast. Dia adalah karakter yang sangat menawan tetapi sangat suka gigit banyak benda termasuk Luffy sendiri.

Watak ini juga mempunyai obsesi yang kuat dengan lobak merah dan coklat.

3. Haru (Beastars)

Haru from Beastars | Рисунки девушки, Рисунки, Аниме

Haru adalah arnab dengan emosi manusia. Haru dalam Beastars memberi pengajaran kepada insan yang lemah untuk sentiasa mempunyai hasrat boleh melawan kembali.

4. King Kazma

Satu lagi karakter arnab yang menarik perhatian adalah King Kazma (filem Summer Wars) yang juga seekor arnab siber tapi mempunyai ciri-ciri seperti manusia.

Dia adalah sebuah avatar yang hidup dalam dunia realiti maya dikenali sebagai OZ. Yang menariknya King Kazma adalah arnab yang handal dalam seni bela diri dan menjadi pahlawan tidak pernah tewas di dunia OZ.

Kazma juga mempunyai satu lagi form lain yang membuatkannya lebih muda sama seperti penciptanya, Kazuma Ikezawa. Dalam bentuk kedua, ia hampir sama seperti asal tapi mempunyai rambut kuning ‘shaggy’ di kepala dan bukannya bulu putih. 

RELATED NEWS

+