Tahun ini bakal berakhir tetapi buat industri permainan video banyak sebenarnya perkara yang baik atau pun buruk yang berlaku.
4 perkara mengecewakan berlaku dalam industri gaming 2024:
1.Concord

Foto: Firewatch Studios
Tidak semua permainan video akan berjaya tetapi contoh Concord bakal menjadi antara titik sejarah paling memalukan dalam permainan video.
Concord bukan sahaja dijual dengan harga AS$ 40 (RM180) berbanding hero shooter yang lain yang percuma untuk dimainkan.
Daripada membaiki masalah mereka bertindak terus menutup permainan ini dan juga studio disebalik permainan video ini.
Semuanya berlaku dalam hanya 2 bulan dan 2 minggu selepas pelancaran Concord akhirnya ditutup pada 6 September dan studio Firewalk Studios ditutup pada 9 Oktober.
Apa yang terjadi kepada Concord adalah demonstrasi salah satu syarikat terbesar industri membuat keputusan salah.
2.Pembuangan pekerja industri permainan video
Tahun ini menjadi antara masa paling banyak pekerja dalam industri permainan video yang dibuang.
Lebih 14,600 pekerja sahaj telah hilang kerja mereka dalam 12 bulan ini.
Lebih mengedihkan ada yang mengatakan ini adalah tahun yang baik.
Setiap tahun adalah tahun yang baik untuk permainan video, tetapi masalah salah membuat keputusan dan ketamakan korporat membuatkan ramai kehilangan kerja mereka.
3.Penutupan Game Informer

Foto: Game Informer
Media permainan video juga telah menimpa tempias pembuangan kerja dalam industri permainan video.
Penutupan tragik Game Informer sangat mengejutkan ramai.
GameStop yang telah menjadi media cetak permainan video paling lama dalam dunia juga telah tutup bersama-sama laman web rasminya.
4.Overwatch 2

Foto: Blizzard
Overwatch seperti dilanda tsunami. Ada sahaja masalah dalam permainan ini sejak zaman kegemilangannya dahulu.
Blizzard telah memungkiri hampir kesemua janji mereka buat Overwatch 2.
Mereka cuba untuk membaiki masalah Overwatch tetapi perkara ini seolah-olah tidak membantu.
Ditambah lagi dengan kemunculan Marvel Rivals yang menyebabkan ramai berhenti bermain Overwatch.