4 quest yang sangat tidak adil dalam permainan video – Semata-mata untuk buat anda kalah

Sesuatu yang anda perlu fikir untuk permainan video adalah ia bersifat adil dan boleh memberi kemenangan.

Namun, ini bukanlah perkara yang selalunya berlaku.

Ini 4 tugasan (quest) yang sangat tidak adil dalam permainan video:

1. Deliver the Delicate Flower (Hollow Knight)

Walaupun hanya tugasan sampingan, misi untuk menghantar bunga ini sangat-sangat menyusahkan.

Masalahnya adalah satu serangan sahaja dari musuh boleh merosakkan terus bunga itu.

Apabila gagal, anda perlu mula semula.

Dengan kesusahan permainan Hollow Knight misi yang tampak mudah menjadi sangat tidak adil.

2. Elak kilat (Final Fantasy X)

Final Fantasy X boleh dikatakan RPG yang tidak sukar namun kandungan sampingan yang membuatkan permainan ini sedikit susah.

Paling menyusahkan adalah satu misi untuk mengelak kilat.

Untuk menguatkan senjata Lulu anda perlu mengelak kilat itu sebanyak 200 kali berturut-turut.

Anda juga perlu mengira sendiri berapa kilat yang anda elak.

3. Extreme Behemoth (Monster Hunter World)

Extreme Behemoth adalah kolaborasi Final Fantasy XIV dengan Monster Hunter World.

Behemoth mempunyai kuasa yang boleh terus membunuh anda.

Gimik juga ada dimana anda perlu menggunakan Gesture (emote) untuk mengelak serangan meteor dari Behemoth.

Terdapat juga banyak puting beliung yang sentiasa akan mengggangu ketenteraman anda ketika berlawan.

4. Gambler Quest (Red Dead Redemption 2)

Sudah semestinya perjudian dalam permainan video akan menyusahkan anda.

Terdapat banyak cabaran yang diberikan dan salah satunya adalah anda perlu mendapatkan tiga kemenangan Black Jack dengan tiga hit atau lebih.

Dari segi matematik peluang untuk mendapatkan tiga hit atau lebih adalah sangat-sangat rendah.

Sebenarnya banyak lagi quest-quest yang susah dalam permainan video.

Apa lagi quest yang anda rasa sangat susah dah tidak adil?

RELATED NEWS

+