4 rahsia permainan video khas untuk penipu

Permainan video banyak menyimpan rahsia dan hanya pemain yang rajin sahaja akan menjumpainya.

Kadang-kadang pencipta pemain video akan memasukkan benda yang anda tidak sangka tetapi khas untuk pemain yang menipu sahaja.

Anda sepatutnya tidak akan jumpa rahsia ini kecuali anda menipu.

1. Hadiah khas dari Baldur – God of War 4

Perkara ini akan terjadi apabila anda berjaya mengalahkan Baldur.

Baldur kemudian dibunuh oleh Kratos tetapi anda tidak dapat melihat apa yang terjadi.

Namun dengan keluarnya God of War PC akhirnya kita dapat tahu apa yang terjadi.

Baldur akan menunjukkan jari tengahnya kepada anda semasa jatuh.

2. Serious Room – The Stanley Parable

The Stanley Parable adalah permainan video yang memberi anda banyak kebebasan untuk membuat apa yang anda mahu.

Tetapi apabila anda mengeluarkan kod source untuk mengeluarkan cheats, permainan ini akan tahu dan terus menghantar karakter anda ke bilik yang digelar Serious Room.

Stanley kemudian akan memberitahu anda tidak mengambil serius akan permainan ini.

3. Gambar Pekerja – The Witcher 3

The Witcher 3 Blood and Wine boleh dikatakan kemaskini terakhir yang besar dalam The Witcher.

Namun untuk menjumpai rahsia ini, anda perlu menggunakan cheatcode untuk keluar daripada peta dan akhirnya anda akan menjumpai gambar semua pekerja yang membuat Witcher 3.

4. Muka Teman Wanita – SOMA

SOMA adalah permainan psikologi seram yang banyak menakutkan ramai orang.

Namun satu benda yang sentiasa menjadi misteri adalah rupa teman wanita anda dalam SOMA.

Terdapat satu babak mimpi anda akan ternampak teman wanita anda sedang mengadap ke cahaya.

Bagi babak ini anda sepatutnya tidak dapat melihat rupa teman wanita anda, tetapi jika menggunakan cheat code dan rupa ‘sebenar’ teman wanita anda akan ternampak.

Apa lagi rahsia yang anda pernah jumpa sebab guna cheat code?

RELATED NEWS

+