4 raksasa permainan video yang anda tidak sepatutnya jumpa – No.4 paling seram

Berjalan-jalan di dalam permainan video bukan satu perkara yang asing buat semua pemain.

Anda sudah pasti akan berjalan-jalan dan menjumpai banyak benda yang menarik seperti easter-eggs, rujukan dari permainan video lain, harta karun dan lain-lain.

Namun, terdapat juga beberapa raksasa dalam permainan video yang sepatutnya anda tidak akan jumpa.

Tetapi hasil perasaan ingin tahu banyak benda yang anda tidak patut jumpa tetapi anda akan jumpa.

Jom tngk 4 Raksasa Permainan Video yang anda tidak sepatutnya jumpa:

1. Bovine Defence Force (The Witcher 3: Wild Hunt)

Lembu Syaitan ini pasti akan hadir jika anda membuat satu kesalahan di dalam The Witcher.

Kesalahan ini ialah membunuh lembu ternakan semata-mata untuk menggunakan eksploitasi mendapatkan coins.

Jika anda membunuh terlalu banyak lembu maka Defence Force ini akan datang.

Seekor Lembu Syaitan yang tidak boleh dibunuh akan datang dan menyerang anda sehingga mati.

Raksasa ini hanya datang jika anda menipu dalam permainan video.

2. Raksasa Mesin Gedegang (Control)

Digelar Altered Vending Machines.

Mesin Gedegang ini akan menyerang anda jika anda menggunakan pistol untuk merasuk mesin gedegang itu.

Malah mesin ini juga akan memberi anda beberapa barang yang boleh digunakan apabila berjaya mengalahkannya.

3. Goombas (Dying Light)

Dying Light mengambil idea ini dari Super Mario.

Di dalam Dying Light anda perlu mencari satu cerobong asap yang mempunyai paip hijau dan anda boleh masuk ke dalam paip itu.

Anda kemudian akan digerakkan ke tempat yang seperti dunia Mario dan perlu menghabiskan misi.

Terdapat juga zombie yang menyerupai Goomba dari Mario.

4. Lisa (P.T)

Lisa adalah hantu yang menakutkan dan tidak sepatutnya dilihat.

Walaupun menjadi satu-satunya hantu di dalam P.T tetapi apa yang sepatutnya anda tidak dapat melihat adalah Lisa.

Lisa sebenarnya akan menjadi hantu yang akan sentiasa mengikut anda dan pada satu masa tertentu anda akan mendengar Lisa bernafas betul-betul di tepi telinga anda.

Apa lagi raksasa pelik-pelik yang anda rasa anda tidak perlu jumpa tetapi anda terjumpa?

RELATED NEWS

+