Activision Blizzard mengumumkan bahawa 20 dari staf mereka sudah meninggalkan syarikat atau dipecat dan 20 lagi staf lain dikenakan teguran akibat aduan.
Mereka sudah membuat kenyataan ini di laman rasmi Activision Blizzard.
Demi untuk mencipta ruang bekerja yang lebih bertanggungjawab dan selamat, Blizzard kini komited untuk mendengar dan memastikan semua orang selamat dan diberi peluang untuk bersuara.
Activision Blizzard sudah mengeluarkan tiga tema utama yang wajib diikut:
1. Tidak takut untuk membuang dan membuat tindakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar polisi dan gagal untuk mengekalkan persekitaran positif serta menghormati pasukan lain dengan penuh hormat.
2. Telus dalam membuat siasatan dan juga mengenai tindakan yang dibuat.
3. Melabur untuk latihan, etika dan budaya.
Walaupun Activision Blizzard selesai membuat aduan, kes yang sudah berjalan di mahkamah masih berlarutan.
Activision Blizzard setakat ini masih belum berjaya mencapai semua permintaan yang dilakukan oleh pekerja yang melakukan protes.
Mereka akan berkongsi beberapa maklumat baru dalam beberapa minggu ke hadapan.