5 achievement permainan video paling mustahil nak dapat

Jika anda lihat banyak permainan video akan mempunyai sistem achievement atau pencapaian.

Boleh dikatakan sesiapa yang berjaya mendapatkan pencapaian ini pasti akan menunjukkannya kepada komuniti.

Namun, ada sesetengah pencapaian piala ini sangat susah dan boleh dikatakan hampir mustahil untuk dapat kecuali untuk yang mahu meredah lautan api ini.

1. Dead Rising – 7 Day Survivor

Tampak mudah untuk mendapat achievement ini tapi ada satu yang sangat menyusahkah untuk anda dapat.

Achievement ini hanya boleh didapat apabila anda bertahan selama 16 jam berturut-turut di dalam Infinity Mode.

Ini bermakna HP anda akan sentiasa turun dan anda memerlukan makanan yang banyak untuk naikkannya semula.

Malah musuh yang ada juga semakin lama semakin susah.

2.Mortal Kombat – My Kung Fu Is Stronger

Deskripsi achievement ini tampak mudah kerana anda hanya perlu naikkan mastery semua karakter di dalam Mortal Kombat.

Tetapi tdak semudah yang disangka anda perlu memastikan kesemua 27 karakter menepati kriteria ini:

  • 100 kemenangan
  • 100 fatalities
  • 150 X-Rays
  • Tumpahkan 10,000 pint darah
  • Main setiap karakter sekurang-kurangnya 24 jam

3. Goat Simulator – The Flapmaster

Anda pernah ingat Flappy Bird?

Tapi kali ini adalah Flappy Bird versi kambing.

Anda hanya perlu mendapatkan 10 mata tetapi dengan mekanik dan fizik dalam permainan ini yang akan menyusahkan hidup anda.

4. Metal Gear Solid 4 – Platinum Trophy

Platinum Trophy dalam Metal Gear Solid 4 ini adalah sangat susah dan agak mustahil untuk didapatkan.

Apa yang anda perlu buat adalah bermain dalam tahap paling susah, tanpa mati, tanpa pengawal terjumpa anda, tanpa membunuh sesiapa pun dan tidak menggunakan item nyawa.

Anda perlu membuat semua ini kurang dari 5 jam untuk melayakkan anda mendapatkan piala yang sukar ini.

5. Limbo – No Point in Dying

Limbo adalah permainan indie seram yang dicipta untuk anda mengawal kematian.

Apa yang membuatkan piala ini susah untuk anda dapat adalah anda tidak boleh mati lebih dari lima kali.

Bagi permainan yang banyak menggunakan kematian untuk meneruskan perjalanan ini adalah bukan sesuatu yang mudah.

Apa lagi achievement yang anda rasa sangat mustahil untuk dapat?

RELATED NEWS

+