5 anime terbaik 2023 setakat ini

Tahun ini banyak mengeluarkan anime-anime terbaik untuk tontonan peminat.

Ini adalah 5 Anime terbaik 2023 setakat ini.

Ada juga anime yang ditunggu-tunggu seperti Kimetsu No Yaiba, Jujutsu Kaisen dan musim terakhir Attack on Titan.

1. Tomo-chan Is A Girl

Protagonis wanita yang sangat diingati tahun ini.

Komedi romantik ini menceritakan Tomo Aizawa, seorang tomboi yang sukakan kawan zaman kanak-kanaknya Junichiro Kubota.

Tomo sangat disukai ramai kerana dia penuh yakin dan sangat kuat.

Namun Tomo mempunyai masalah untuk membuat Jun menganggapnya lebih dari seorang kawan rapat.

Jun pula tidak nampak Tomo sebagai seorang wanita.

2. Buddy Daddies

Khas buat peminat Spy X Family, Buddy Daddies menceritakan dua lelaki bujang Kazuki Kurusu dan Rei Suma di mana kedua-duanya adalah pembunuh upahan yang sangat berbahaya.

Kurusu adalah seorang yang sangat riang dan ceria manakala Suwa pula adalah seorang gamer tegar yang tidak pandai memasak mahupun mengemas.

Semuanya bermula apabila mereka terjumpa seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun bernama Miri Unasaka.

Kini hidup Kurusu dan Suwa berubah apabila perlu menjadi penjaga budak kecil.

3. Trigun Stampede

Trigun kali ini adalah penceritaan semula Trigun dari tahun 90-an.

Vash the Stampede kini kembali dengan penuh masalah yang tidak mahu dihadapinya.

Dia juga boleh dikatakan dungu tetapi sangat hebat menggunakan pistol tetapi mempunyai satu masalah kerana dia tidak mahu membunuh orang.

4. Nier: Automata Ver. 1.1A

Nier: Automata antara permainan video terbaik sejak sedekad lepas.

Kini dalam versi anime, 2B datang semula dengan penceritaan versi anime.

Ver. 1.1A adalah adaptasi yang sangat ditunggu-tunggu oleh ramai peminat Nier.

5. Summer Time Rendering

Satu anime misteri baharu yang akan membuat anda sentiasa tertanya-tanya.

Summer Time Rendering bermula apabila Shinpei kembali ke kampung untuk menghadiri pengebumian rakan lamanya Ushio.

Ushio dikatakan mati akibat lemas, namun Shinpei merasakan sesuatu yang tidak kena dan kematian Ushio bukan semudah itu.

Setiap episod berakhir dengan cliffhanger.

Apa lagi anime-anime terbaik tahun ini yang anda patut tengok?

RELATED NEWS

+