5 bos permainan video paling sukar untuk dikalahkan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Perasaan nak marah apabila tidak dapat menang semestinya membuak-buak apabila kita tidak berjaya menewaskan bos yang kita lawan di dalam permainan video.

Ternyata tidak semua bos adalah senang untuk dilawan. Ada yang sangat susah sehingga pemain itu terus berhenti bermain kerana tidak dapat mengalahkan bos.

1. Emerald Weapon – Final Fantasy VII

Final Fantasy VII Side Quests: Emerald Weapon - Jegged.com

Emerald Weapon mungkin bukan bos terakhir di dalam Final Fantasy VII tetapi, bos ini merupakan yang paling susah untuk dilawan.

Bayangkan ketika itu bermain Final Fantasy VII di PlayStation 1 dan tanpa internet untuk membantu.

Perkara yang paling susah ialah anda perlu mengalahkan bos ini dalam masa 20 minit sahaja. Anda perlu menjadi agresif dan menyerang sebanyak mungkin.

Tetapi dengan nyawa yang sebanyak 1 juta nyata membuatkan 20 minit itu seperti tidak cukup.

2. Dragon Slayer Orstein & Smough – Dark Souls

Ornstein and Smough | Dark Souls Wiki

Dark Souls, tidak pernah lari dengan perkataan ‘susah’.

Satu bos di dalam Dark Souls sudah nyata susah apatah lagi apabila anda perlu berlawan dua bos serentak.

Antara cara paling mudah adalah dengan menyeru pemain lain untuk membantu. Masalah yang paling ketara ialah apabila anda berjaya mengalahkan salah satu bos.

Bos yang lagi satu pula akan bertindak untuk menyerap kuasa bos yang telah mati dan membuatkan perlawanan anda lebih susah dari biasa.

3. Sephiroth – Kingdom Hearts

Kingdom Hearts 2: Sephiroth Boss Fight (PS3 1080p) - YouTube

Walaupun Sephiroth merupakan bos terakhir di dalam Final Fantasy VII, tetapi kedatangan Sephiroth dalam Kingdom Hearts membuatkan beliau sangat susah untuk dikalahkan.

Sephiroth di dalam Kingdom Hearts mempunyai keupayaan untuk menghalang terus serangan dari pemain dan juga mampu untuk membuat serangan balas tanpa belas kasihan untuk pemain.

Disebalik itu anda perlu melawan Sephiroth di dalam kawasan yang sempit membuatkan anda lebih susah untuk mengelak serangan yang dibuat oleh Sephiroth dengan pedang katana Masamune.

Cara paling mudah adalah dengan mencapai level 70 ke atas dan pastikan anda mempunyai bekalan untuk berlawan yang secukupnya.

4. Sans- Undertale

Bad Time Simulator (Sans Fight) Game - Play online at Y8.com

Sans akan muncul di dalam semua jalan cerita di dalam Undertale.

Sans akan membuat anda berasa untuk tidak mahu bermain Undertale lagi.

Ini kerana beliau memerlukan anda untuk sentiasa fokus dan menyerang tanpa henti. Sans juga tidak akan memberi anda peluang langsung untuk berfikir sejenak.

5. Mike Tyson – Mike Tyson’s Punch-Out!!

Mike Tyson's Punch-Out!: The Story Of the Unbeatable Video Game -

Permainan video klasik 1987 ini membuat Mike Tyson menjadi bos yang sangat susah.

Tidak hairanlah permainan video dengan nama Mike Tyson sendiri membuat Mike Tyson sebagai bos yang paling susah untuk dimenangi di dalam permainan itu.

Kalau nak menang dengan Mike Tyson memerlukan ketepatan yang susah kerana perlu mengelak tumbukannya.

Setakat ini sahaja 5 bos yang paling susah untuk dikalahkan. Apa lagi bos-bos yang menghantui hidup anda sebagai pemain permainan video?

RELATED NEWS

+