5 Deck Meta Pokemon TCG Pocket!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pokemon TCG Pocket juga tidak lari dari mempunyai beberapa deck yang lebih kuat dari deck-deck lain.

Dalam Trading Card Game meta deck  akan sentiasa ada untuk menjadi deck paling hebat.

Ini 5 Deck Meta Pokemon TCG Pocket!

1.Mewtwo EX + Gardevoir

Foto: ptcgpocket.gg

 

Mewtwo EX dan Gardevoir ini memerlukan anda untuk memastikan Mewtwo EX menjadi damage dealer dengan damage seawal 2 turn untuk Psychic Sphere (50 Damage) yang boleh mengalahkan banyak Pokemon dengan 2 kali serangan.

Psydrive pula boleh membuat 150 damage dengan bantuan Gardevoir yang mempunyai Ability untuk memberi Psychic Energy terus ke Mewtwo EX.  Psydrive akan membuang dua Psychic Energy setiap kali serang.

Hal ini membuatkan Mewtwo EX boleh terus menggunakan Psydrive 150 Damage setiap turn.

2.Pikachu EX

 

Pikachu EX adalah deck yang sangat agresif dengan hanya memerlukan 2 Electric Energy untuk membuat damage sehingga 90.

Ability Pikachu EX Circle Circuit akan memberikan Pikachu EX anda 30 damage tambahan untuk setiap Pokemon di bench.

Anda boleh menggunakan Voltorb dan Blitzle untuk memenuhkan bench untuk memperkuatkan lagi damage Pikachu EX anda.

Zapdos EX yang ada juga dapat membantu untuk membuat damage yang besar mengikut berapa flip coin heads yang anda dapat dan mampu membuat damage sehingga 200 damage.

3.Starmie EX

Foto: ptcgpocket.gg

Starmie EX adalah deck yang agresif dimana hanya 2 Water Energy diperlukan untuk membuat Hydro Splash 90 Damage yang cukup mudah untuk terus mengalahkan basic Pokemon musuh.

Starmie EX juga mempunyai 130 HP dan retreat cost percuma menyebabklan dia sukar untuk dikalahkan dengan hanya satu serangan dari musuh.

Deck pantas ini akan membuatkan musuh tidak sempat untuk comeback dan terus memastikan anda menang dengan pantas.

Dengan bantuan kad Suppoter Misty, Starmie EX dan Articuno EX anda dengan mudah boleh mendapatkan Water Energy untuk terus menyerang.

4.Charizard EX + Moltres EX

Foto: ptcgpocket.gg

Deck Fire ini memerlukan Moltres EX untuk mengguna Inferno Dance bagi memberi bench Pokemon anda Fire Energy.

Terdapat sedikit random untuk Moltres EX kerana anda akan membuat 3 flip coin dan memerlukan heads untuk 1 Fire Energy.

Charizard EX perlu menjadi fokus untuk kesemua energy yang dibuat oleh Moltres EX dan Crimson Storm mempunyai damage sebanyak 200 damage yang boleh membunuh semua Pokemon yang ada setakat ini.

Tetapi anda perlu ingat Charizard EX akan membuang 2 Fire Energy untuk satu Crimson Storm.

5. Deck-Deck yang boleh berlawan dengan meta

Terdapat juga beberapa deck yang boleh berlawan dengan deck-deck meta yang ada.

Marowak EX

Foto: ptcgpocket.gg

Deck Marowak EX boleh menjadi counter kuat buat deck Pikachu EX kerana sangat mudah untuk membuat damage yang tinggi.

Walaupun Marowak EX boleh membuat 160 damage tetapi dia memerlukan anda untuk mendapat dua heads dan sedikit nasib baik.

Dragonite + Weezing Stall

Foto: ptcgpocket.gg

Dragonite mempunyai Draco Meteor yang sangat kuat dan boleh terus mengalahkah Pokemon musuh di bench.

Anda memerlukan Weezing untuk memakan masa sehingga Dragonite anda

Blaine Aggro

Anda perlu menyerang sepantas mungkin dengan Ninetales dan menggunakan Rapidash di fasa awal untuk membuat damage terdahulu.

Dengan Blaine anda boleh membuat damage yang besar dengan Ninetales, Rapidash dan Magmar cukup untuk menutup strategi musuh.

Articuno EX

Foto: ptcgpocket.gg

Deck ini mengambil kesempatan besar dengan peraturan Pokemon Pocket dimana setiap draw awal anda akan mempunyai Basic Pokemon di tangan.

Articuno EX akan sentiasa menjadi starting Pokemon anda dan dengan Misty anda boleh memulakan perlawanan dengan banyak Water Energy untuk terus menang dengan mudah.

Masih ada beberapa deck yang lain lagi yang anda boleh gunakan dalam Pokemon TCG Pocket.

Anda tidak semestinya perlu menggunakan deck-deck meta tetapi anda juga boleh menggunakan deck-deck untuk Pokemon kegemaran anda.

RELATED NEWS

+