Terdapat banyak sebab untuk kita menyukai anime dan semestinya beberapa anime yang ada disukai kerana dunia mereka yang sangat menarik minat dan perhatian.
Dunia-dunia anime yang menarik sentiasa memberikan anda peringatan betapa seronoknya berada di dunia itu.
Ini 5 Dunia Anime yang kita akan suka hidup:
1. Dunia Pokemon
Bayangkan anda ada Pokemon anda sendiri untuk hidup bersama atau mengembara ke seluruh region Pokemon yang ada.
Dalam dunia dimana terdapat pelbagai spesis Pokemon sudah semestinya akan ada satu untuk anda.
Dari cuba bekerja sebagai Pokemon Trainer sehingga menjaga ekosistem Pokemon, dunia ini penuh dengan keunikan dan misteri dari Pokemon Lagenda.
Tidak lupa juga dunia Pokemon mempunyai teknologi yang boleh dikatakan sangat maju.
Starter Pokemon apa yang anda mahukan?
2. Dragon Ball
Dunia Dragon Ball boleh dikatakan tempat yang paling selamat untuk anda hidup.
Mengapa? Walaupun Bumi sentiasa diserang oleh mahkluk asing, kematian adalah bukan sesuatu yang anda takutkan.
Kewujudan Dragon Ball sentiasa akan menyelamatkan kesemua malapetaka yang berlaku dengan hanya permintaan.
Selain itu, kehidupan anda juga akan dilindungi oleh Goku, Vegeta dan ramai lagi pahlawan kuat.
Mungkin anda juga akan mempunyai kemahiran untuk belajar seni bela diri untuk menjadi kuat dan hebat seperti rakan-rakan Goku.
3. Mushi-shi
Dunia Mushi-shi nyata cantik dan penuh dengan misteri.
Mushi wujud dalam kehidupan seharian anda dan sangat penting untuk orang di dunia itu.
Sama seperti bakteria, mushi boleh membuat anda sakit tetapi mushi juga boleh memberikan anda kuasa-kuasa hebat yang tidak tercapai sebelum ini.
Dalam dunia ini kehidupan anda boleh menjadi lebih menarik dengan pelbagai kemungkinan dari mushi yang manusia tidak akan faham.
4. Shokugeki no Soma
Siapa sahaja yang tidak mahu tinggal di dunia dimana hampir kesemua makanan adalah sedap?
Apabila chef menjadi salah satu kuasa besar dunia, berada di dalam dunia Shokugeki no Soma pasti akan sentiasa membuat perut anda penuh.
Tidakkah anda terpikir betapa sedapnya makanan yang anda makan dalam kehidupan seharian?
5. Aria’s Futuristic Mars
Pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan di Marikh?
Inilah dunia Aria dimana pada abad ke-24 manusia berjaya menukarkan Marikh menjadi planet yang boleh diduduki dan dinamakan Aqua.
Anda juga akan tinggal di bandar yang digelar New Venezia iaitu satu bandar yang aman dan dimodelkan oleh Venice dari Bumi.
Kehidupan anda juga akan menjadi sangat selamat sambil menikmati kecantikan bandar-bandar di Marikh.
Dunia anime mana yang menjadi pilihan anda?