5 gamers yang berjaya mencapai sesuatu yang dikatakan mustahil

Tidak semua orang hebat dalam permainan video. Namun mereka ini berjaya mencapai sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

Boleh dikatakan tiada siapa percaya mereka ini boleh mencapai sesuatu yang dikatakan mustahil untuk dibuat.

5 Gamers yang berjaya mencapai sesuatu yang dikatakan mustahil:

1. Mendapat semua jenis Pokemon shiny yang ada.

Menangkap Pokemon shiny bukan sesuatu yang senang untuk dibuat. Sebagai bayangan untuk menjumpai satu shiny pokemon adalah minimum sebanyak 8,192 kali.

Ini adalah termasuk trade, acara Pokemon shiny dan pencarian Kyudan sendiri.

Pemain Pokemon dari Jepun, @kyudan_pkmn akhirnya berjaya mendapat kesemua Pokemon Shiny dan membuktikannya di Pokemon Home.

Keseluruhan Pokemon shiny yang ada ialah 1312Pokemon shiny.

Pokemon shiny mana yang menjadi kegemaran anda?

2. Menghabiskan Bloodborne, Demon Souls, Dark Souls 1,2,3 tanpa dipukul sekali pun

The Happy Hob merupakan pemain video francais Dark Souls yang pertama di dalam dunia yang menghabiskan Bloodborne, Dark Souls 2, Dark Souls, Demon Souls dan kemudian Dark Souls 3 terus menerus dalam satu sesi tanpa dipukul sekali pun.

Penuh penat keringat yang dibuat oleh The Happy Hob. Malah The Happy Hob perlu membuat semua ini untuk kali kedua.

Ketika berlawan dengan boss terakhir untuk Dark Souls 3, The Happy Hob tersilap langkah lalu terkena serangan bos itu.

Dia kini perlu bermain dari siri Bloodborne sehingga Dark Souls 3 semula dari awal.

Akhirnya The Happy Hob berjaya dalam menghabiskan Soulsborne No Hit!

3. Bermain Ryu dan Ken serentak dalam Street Fighter Zero

Bermain permainan video berlawan dengan dua tangan bukan suatu yang senang. Seorang youtuber bernama Desk berjaya bermain Ryu dengan tangan kiri dan Ken dengan tangan kanan dalam Street Fighter Zero.

Apa yang lebih menakjubkan, Desk hanya memerlukan 10 hari sahaja untuk berlatih bagi membolehkannya bermain dengan dua alat kawalan.

Jika Desk tidak merakam cara permainannya, pasti ramai tidak akan percaya bahawa dia bermain dengan dua tangan.

4. MegaTGarrett gamer buta penglihatan bermain pelbagai permainan video

MegaTGarrett dengan saluran Youtube-nya TrueBlindGaming. MegaTGarrett suka bermain beberapa permainan video terutama The Legend Zelda dan Oddworld. Untuk bermain kedua-dua permainan ini tanpa melihat adalah begitu sukar sekali. Namun, MegaTGarrett berjaya bermain malah menghabiskan beberapa permainan francais Zelda.

5. Mengalahkan Misi didalam GTA V tanpa membunuh sesiapa.

Sorang Youtuber dipanggil DarkViperAU akhirnya berjaya mengalahkan misi yang boleh dikatakan mustahil untuk tidak membunuh sesiapa pun.

DarkViper mengambil masa hampir 33 jam untuk mengalahkan satu misi di dalam GTA V iaitu misi The Blitz Play.

Objektif misi ini menjadi sukar adalah anda perlu berlari dari ramai polis, snipers dan juga skuad Noose yang mempunyai senjata penuh. Tidak lupa juga beberapa rompakan bank dan mengelak dari membunuh apa-apa NPC.

Setakat ini sahaja 5 gamers yang berjaya mencapai sesuatu yang dikatakan mustahil. Apa lagi pencapaian gamers di luar sana yang anda rasa mustahil untuk dilakukan tapi akhirnya berjaya dibuat?

RELATED NEWS

+