5 headshot paling dahsyat dalam e-sukan

Dalam permainan video first-person-shooter (FPS), anda sudah pasti hanya mahukan menembak kepala pihak musuh untuk kematian mudah dan pantas.

Pemain-pemain profesional e-sukan ini membuat headshot tampak begitu mudah tetapi sangat susah untuk dibuat apatah lagi dalam kejohanan besar.

Jom lihat 5 headshot paling dahsyat dalam e-sukan:

1.Headshot Widowmaker – Fleta – Overwatch

Fleta sangat terkenal dengan penggunaan hebat Widowmaker beliau.

Tetapi semasa Overwatch League, Fleta menunjukkan kehebatan Widowmaker ke tahap lebih tinggi.

Ketika Shanghai Dragons berlawan Seoul Dynasty, pasukan Shanghai Dragons sudah hampir kalah tetapi Fleta berjaya membuat headshot kepada pihak lawan sehingga Seoul Dynasty tidak berjaya untuk capture point.

2. Headshot tersembunyi – Subroza – Valorant

Subroza pernah melakukan headshot Ace terhadap pasukan Immortals.

Perlawanan baru sahaja bermula tetapi Subroza berjaya bersembunyi dari pihak lawan.

Semua pemain Immortals tidak sedar akan posisi Subroza dan dia berjaya membuat headshot terhadap semua pemain Immortals tanpa apa-apa masalah.

3.Headshot 180 Darjah – Hiko – Counter Strike Global Offensive

Frasa ‘Inhuman Reactions’ adalah meme yang keluar dari perlawanan ini.

Hiko sedang berjalan ke ‘double door’ untuk menyelinap masuk tetapi tidak disedari ada pemain sedang menunggu untuk membunuh sesiap yang masuk.

Hiko masuk ke dalam pintu itu dan merasakan ada tembakan dari belakang, tetapi dengan reaksi Hiko yang begitu pantas terus melakukan pusingan 180 darjah dan membuat headshot dalam masa yang sangat cepat.

4.Headshot tanpa belas kasihan – Tenz – Valorant

Tenz nama yang tidak asing lagi di kalangan pemain Valorant.

Semasa perlawanan Luminosity berlawan Sentinels, Tenz akhirnya menunjukkan taring.

Ini adalah kemunculan pertama Tenz untuk pasukan Luminosity.

Pusingan ini menunjukkan Tenz adalah pemain yang patut digeruni dengan headshot.

5.Spread headshot – Ropz – Counter Strike Global Offensive

Headshot seperti ini tidak sepatutnya berlaku tetapi Ropz berjaya membunuh seluruh pasukan North dengan membuat headshot di dalam smoke.

Malah, asap itu menjadi punca kematian seluruh pasukan North apabila Ropz bersembunyi di dalam smoke itu dan hanya membuat tembakan spray tetapi apa yang menakjubkan semua spray itu didaftarkan sebagai headshot.

Apa lagi headshot yang masih diingati oleh anda semua?

RELATED NEWS

+