Minggu hadapan akan menjadi permulaan buat musim baru bagi Marvel Rivals.
Musim 0 berjaya menarik lebih jutaan pemain untuk mencuba permainan ini.
Marvel Rivals dilancarkan dengan 33 karakter dan ramai masih menantikan hero-hero baru yang akan datang.
NetEase Games mengumumkan apa yang anda akan dapat semasa Season 1 iaitu empat karater baru dari Fantastic Four dan berkemungkinan besar Blade.
Get ready to welcome Marvel’s First family in Marvel Rivals. Trailer on January 6th at 8:00 AM PST / 16:00 UTC. Be there. #MarvelRivals #FantasticFour #NewYorkCity pic.twitter.com/4Cjh9mXSi3
— Marvel Rivals (@MarvelRivals) January 2, 2025
Peta baru juga akan diperkenalkan iaitu New York CIty.
Hero yang akan hadir adalah Mr. Fantastic, The Invisible Woman, The Thing dan The Human Torch.
Dalam gambar teaser dari NetEase Games juga terdapat bulan merah dengan kelawar berterbangan yang menunjukkan Blade si Pemburu Vampire.
Masih belum ada apa-apa lagi pengumuman bagaimana hero-hero ini akan dikeluarkan.
Season 1 Marvel Rivals akan hadir pada 6 Januari ini.