Banyak hero-hero dalam Honor of Kings yang mudah untuk digunakan dan tidak memerlukan mekanik yang tinggi.
Ada sesetengah hero mempunyai skill yang sangat mudah untuk digunakan.
Tetapi tidak untuk beberapa hero yang mempunyai mekanik dan cara bermain yang susah.
Ini lima hero paling susah untuk digunakan dalam Honor of Kings:
1. Arli

Gambar dari Honor of Kings
Arli adalah hero marksman dengan banyak mobiliti. Pada mulanya Arli nampak seperti hero yang mudah untuk digunakan tetapi hero ini memerlukan kemahiran yang sangat tinggi untuk digunakan secara efektif.
Di tangan pemain yang betul hero ini boleh dikatakan hampir mustahil untuk dikalahkan. Setiap skill Arli yang ada membolehkan dia untuk teleport ke payung yang sudah dibalingnya.
Hero ini banyak menggunakan taktik serang dan lari disamping mempunyai burst yang tinggi daripada pasifnya.
Posisi Arli juga perlu sentiasa dijaga kerana jika tertangkap Arli adalah hero yang mudah untuk dijatuhkan.
Arli juga memerlukan farm dan bantuan Hero Roaming pada Early Game tetapi boleh hidup sendiri tanpa masalah dengan hanya menyiapkan 2-3 item sahaja.
Antara kombo yang anda patut tahu:
BA: Basic Attack
Kombo 1: 1+BA+2+1+3
Kombo 2: 1+BA+1+3+2+BA+2
Kombo 3: 3+3+1+BA+2+1
2. Jing

Gambar dari Honor of Kings
Jing adalah hero assassin Jungler yang boleh mengenakan damage dengan sangat cepat jika anda pandai menggunakan skillnya.
Skill 1 dan 2 Jing sangat mudah untuk digunakan tetapi apabila anda perlu menggunakannya dengan Ultimate. Ia terus menjadi sukar kerana anda perlu membuat pilihan untuk kombo.
Apa yang menjadikan Jing susah adalah keupayaan anda untuk tahu menggunakan Ultimate Jing. Berbeza di antara pengguna Jing yang bijak adalah Jing yang tahu menggunakan Ultimatenya.
Ultimate Jing jika digunakan dengan betul anda boleh melompat berulang alik sambil mengenakan damage yang tinggi di samping menggunakan Skill 1 dan 2 diantaranya.
Ketika dalam Ultimate Jing juga sangat sukar untuk diserang kerana dia akan memastikan dia menyerang bahagian belakang musuh.
Antara kombo yang anda patut tahu:
BA: Basic Attack
Kombo 1: 3+3+1+3+2+3+BA+3+2+3+BA+3+1+3+BA+3+BA
Kombo 2: 1+BA+1+3+2+1+3+BA+3+2+3+BA+3+1+BA+3+1
3. Mai Shiranui

Gambar dari Honor of Kings
Mai Shiranui adalah hero Mage Midlane yang mempunyai burst damage yang sangat tinggi dengan menggunakan kombo yang betul. Dia juga mempunyai mobiliti yang sangat baik untuk melarikan diri dan mengejar musuh.
Kombo Mai juga susah untuk digunakan dan anda perlu sentiasa keluar masuk ketika war.
Mai yang mahir akan sentiasa tahu bila masa untuk burst masuk dan menggunakan pasif dengan efektif. Dia juga boleh membunuh dua hingga ke tiga orang serentak jika terperangkap di dalam kombonya.
Antara kombo yang anda patut tahu:
Kombo 1: 2+1+BA+3+2
Kombo 2: BA+2+1+3+2
4. Luna

Gambar dari Honor of Kings
Luna adalah hero jungler dengan keupayaan untuk sentiasa berada di dalam war dan mengenakan damage sambil melompat masuk dan keluar.
Hero ini memerlukan anda untuk pandai menggunakan sepenuhnya pasif reset Ultimate.
Pemain Luna yang hebat sentiasa pandai untuk memastikan damage dapat dikenakan tanpa kena serang atau ditangkap.
Mekanik yang diperlukan juga sangat tinggi kerja memerlukan anda untuk sentiasa mengambil perhatian dengan pasif Luna untuk reset Ultimate.
Ada yang mengatakan anda perlu main lebih 1,000 perlawanan dengan Luna untuk menjadi yang terbaik.
Antara kombo yang anda patut tahu:
BA: Basic Attack
Kombo 1: 1+3+2+3
Kombo 2: 2BA+1+3+BA+3+2+3
5. Shangguan

Gambar dari Honor of Kings
Shangguan adalah hero Mage Midlane yang mempunyai keupayan untuk dash dengan sangat banyak dan menukarkan dash itu menjadi invulnerability yang tidak boleh diserang tetapi pada masa sama mengenakan damage ketika itu.
Dengan kombo Shangguan, kebanyakan hero-hero mage dan marksman boleh mati begitu sahaja.
Situasi yang membuatkan Shangguan sukar untuk digunakan adalah bila masa anda mahu menggunakan ultimate untuk masuk dan memastikan anda dapat kill.
Anda juga perlu tahu menggunakan Ultimate tersebut untuk lari.
Shangguan selalunya akan menghadapi masalah dengan pasukan musuh yang banyak crowd control.
Dia juga mempunyai potensi untuk terus dive ke dalam tower terutamanya ketika early game.
Antara kombo yang anda patut tahu:
BA: Basic Attack
Kombo 1: 2+3+3+1+3+3+3
Kombo 2: 1+3+3+3+3+3
Hero-hero yang susah ini memerlukan masa dan latihan yang sangat lama untuk menjadi sangat efektif dalam pasukan.
Tetapi apa yang anda pelajari untuk hero-hero ini pasti membuahkan hasil di Honor of Kings.
Hero-hero Honor of Kings mana lagi yang sebenarnya susah untuk digunakan?