Beatrix merupakan hero Mobile Legends dengan skill yang sedikit rumit daripada biasa.
Jika anda terjumpa pengguna Beatrix yang hebat dia boleh membuatkan hidup anda susah semasa laning.
Beatrix juga kini menjadi salah satu hero marksman yang sangat kuat dalam MLBB sejak meta baru.
Ini 5 Hero untuk counter Beatrix:
1.Natalia
Natalia adalah mimpi buruk untuk Beatrix.
Dengan invisible Natalia boleh menyelinap masuk untuk terus mengalahkan Beatrix.
Jika ada Natalia, pengguna Beatrix yang lalai pasti akan kalah.
2.Lancelot
Lancelot adalah assassin yang cukup pantas untuk mengelak banyak skill Beatrix.
Dalam situasi 1 lawan 1, Beatrix tidak mampu untuk berbuat apa-apa berlawan Lancelot.
3.Benedetta
Benedetta juga adalah antara counter anda boleh guna untuk berlawan dengan Beatrix.
Benedetta sangat sesuai untuk mengalahkan satu musuh dengan cepat dan sudah pasti skill Alecto: Final Blow mudah untuk membunuh Beatrix.
4.Saber
Saber boleh menjadi cara mudah untuk mengalahkan Beatrix.
Dengan membuat Beatrix airborne untuk membuat damage yang banyak.
Saber juga boleh mengejar Beatrix dengan mudah.
5.Mathilda
Mathilda merupakan Assassin-Support yang mudah untuk menarik perhatian musuh.
Range dan pergerakan Mathilda menjadikannya sukar untuk Beatrix.
Apa lagi hero yang anda rasa boleh counter Beatrix?