5 Hero untuk counter Natan

Natan kini menjadi salah satu Marksman paling kuat dalam meta kali ini.

Semua ini berlaku apabia dia mendapat buff kepada ratio passive dan Skill 3 yang dikurangkan cooldown.

https://dafunda.com/wp-content/uploads/2022/07/Kisah-Natan-Mobile-Legends-1.jpg

Ternyata buff yang diberikan untuk Natan terlalu kuat untuknya sekarang.

Hero apa yang boleh digunakan untuk counter Natan?

1. Chou

Tiada rahsia lagi Chou akan menjadi counter pick untuk kebanyakan hero-hero dalam MLBB.

Jeet Kune Do Chou sangat sesuai untuk mengganggu pergerakan Natan dan The Way of Dragon Chou boleh digunakan untuk memisahkan Natan dari pasukannya.

Crowd control dari Chou sudah semestinya akan membuat Natan dilanda kesusahan.

2. Kaja

Kaja boleh memperlahankan Natan yang sedang menggunakan passive.

Jika Natan menggunakan skill 1 dan 2, anda boleh menggunakan Ultimate dan skill 2 Kaja.

Kaja juga boleh menarik Natan lebih dekat apabila dia cuba untuk lari.

3. Brody

The beginner's guide to Brody, MLBB's newest marksman | ONE Esports

Brody kini menjadi Marksman khas untuk counter marksman lain yang sedang meta.

Ini kerana burst damage daripada Brody menjadikan Natan mudah untuk tewas.

Jika anda berjaya menggunakan skill Brody dengan baik dan tepat, Natan tidak dapat membuat apa-apa dan mati terlebih dahulu.

Namun, perlu berhati-hati jika Natan mempunyai Wind of Nature kerana dia boleh menggunakannya saat anda menggunakan Torn Apart Memory.

4. Belerick

Best Belerick Build in Detail – Here is What You Need to Equip for Belerick  in Mobile Legends - UniPin Blog EN

Belerick antara tank yang boleh menjadi counter Natan.

Kelebihan Belerick adalah skill 1 yang akan memperlahankan Natan dan taunt supaya Natan tidak dapat melarikan diri.

Passive Belerick juga menjadi masalah untuk Natan.

Ultimate Belerick pula menambah lagi crowd control untuk menangkap Natan.

5. Lolita

3 reasons why Lolita is suddenly a meta pick at the M3 World Championship |  ONE Esports

Lolita boleh menjadi tank yang mampu berlawan dengan Natan.

Walaupun dengan damage tinggi Natan, skill 2 Lolita dapat menyedut serangan dan menggagalkan serangan boomerang Natan.

Ultimate Lolita jika berjaya menghabiskan channeling, akan memberikan pegun yang lama kepada Natan dan membuka peluang kepada ahli pasukan anda menamatkan riwayatnya.

Hero-hero apa lagi yang anda rasa boleh digunakan untuk counter Natan?

RELATED NEWS

+