5 karakter paling overpowered dalam sejarah e-sukan

Karakter overpowered (OP) atau broken tidak kiralah dari mana-mana permainan video dapat membuatkan setiap karakter lain menjadi kurang relevan.

Anda boleh memenangi semua perlawanan dan apa yang lebih teruk, karakter overpowered mampu membuatkan anda tidak perlu bersusah payah untuk berlawan.

Di sini antara 5 karakter paling overpowered dalam sejarah e-sukan:

1. Aphelios (League of Legends)

Aphelios adalah salah satu champion yang keluar pada tahun 2019 di League of Legends.

Disebabkan Aphelios mempunyai mekanisme skill yang sangat menarik membuatkan dia menjadi terlalu rumit untuk difahami. Aphelios menghantui banyak pertandingan profesional League of Legends.

Begit rumit sehingga caster sendiri tidak tahu apa yang terjadi malah mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengulas Aphelios akibat kepayahan kuasanya.

Namun sejak kejadian itu, Aphelios telah dikenakan nerf untuk kesejahteraan semua pemain League of Legends.

2. Monkey King (Dota 2)

Monkey King tiba di Dota 2 pada tahun 2016 selepas Underlord. Kedatangan Monkey King ketika itu membuatkan pemain yang kurang berkemahiran pun tampak hebat.

Dari satu skill sahaja Monkey King mampu membuat burst damage dan juga pegun pihak lawan dalam satu masa.

Ultimate Monkey King ketika itu juga boleh menghancurkan seluruh pasukan dengan hanya tekan satu butang.

Monkey King kini lebih balance setelah dikenakan nerf beberapa kali oleh Valve.

3. Akuma (Tekken 7)

Bukan Akuma dalam Street Fighter tetapi Akuma dalam Tekken 7.

Akuma adalah karakter dari Street Fighter tetapi apabila dimasukkan ke dalam Tekken 7, beliau membawa semua kuasa dan tekniknya dari Street Fighter.

Kehadirannya menghantui banyak tournament Tekken 7 kerana Akuma tidak mengikuti beberapa limitasi dari karakter Tekken.

Ini membuatkan Akuma tersangat overpowered dan sukar untuk dilawan.

Akhirnya Akuma sudah dikenakan nerf namun dia masih kuat untuk digunakan dalam Tekken 7.

4. Bayonetta (Super Smash Bros 4)

Bagaimana satu karakter menghancurkan seluruh permainan?

Bayonetta rupa-rupanya mempunyai satu kombo yang boleh memastikan anda mati dari mana-mana sahaja di skrin.

Pada EVO 2018, apa yang lebih menyedihkan apabila final kerana ia adalah perlawanan di antara dua Bayonetta.

Hal ini membuatkan semua penonton memberi sorakan ‘boo’ dan memaksa kedua-dua pemain itu untuk hanya berdiri sehingga disuruh untuk berlawan dari membuang masa.

5. Brigitte (Overwatch)

Brigitte boleh dikatakan antara karakter paling overpowered semasa kedatangannya ke Overwatch.

Dia adalah seorang tank dan support, namun mempunyai damage yang sangat tinggi, heals, CC dan juga shield untuk berlawan di barisan hadapan tanpa apa-apa masalah.

Terlalu bagus dalam semua perkara.

Ketika ini satu meta baru datang dan menjadi zaman gelap untuk Overwatch iaitu GOATS Meta. Ia adalah komposisi pasukan yang tiada DPS hanya tiga tanker dan tiga support.

Ini membuatkan Blizzard putus asa dalam cara untuk nerf Brigitte.

Jadi Blizzard membuat Role Queue di mana hanya ada dua jenis role sahaja untuk setiap pasukan.

RELATED NEWS

+