Semua orang tahu industri permainan video kadang-kadang melayan pemain mereka dengan penuh kekurangan walaupun mempunyai ramai peminat.
Jadi ini yang terjadi apabila beberapa gamer menyaman syarikat-syarikat permainan video.
Ini 5 Kes Gamers yang menyaman syarikat permainan video
1. Seorang warga California menyaman SEGA
Warga California ini menyaman SEGA kerana melakukan rigged mesin arked supaya anda tidak menang.
Walapun mesin itu menunjukkan anda memerlukan kemahiran tetapi sebenarnya hanya perlu bernasib baik.
Ini maknanya mesin ini hanya akan memberi hadiah mengikut jumlah coin yang telah digunakan.
Mesin itu kini telah diberhentikan oleh SEGA.
2. Ibu dan anak menyaman Nintendo kerana stick drift
Kejadian ini berlaku pada tahun 2020, seorang ibu dan anak menyaman Nintendo sebanyak AS$ 5 juta (RM 22.34 juta) kerana alat kawalan Switch Joy-Con rosak selepas menggunakannya hanya tujuh bulan.
Nintendo masih tidak mengatakan punca sebenar Joy-Con sentiasa rosak dengan stick drift.
Mereka pula masih tahu akan masalah ini tetapi mereka masih terus menjual Joy-Con yang sama.
3.CRYPTOZOO saman Logan Paul
Seorang polis dari Texas melabur lebih AS$3 ribu (RM13.4 ribu) ke dalam CRYPTOZOO.
Dia kemudian menyaman Logan Paul dan CRYPTOZOO kerana konspirasi untuk membuat penipuan.
Logan Paul mengatakan dia juga sebenarnya tertipu dengan perkara ini.
Tetapi dia juga tidak membuat kajian yang cukup dan mula mengembalikan semula wang mereka.
4. Hak Asasi Digital United Kingdom menyaman Valve
Boleh dikatakan ini adalah antara saman terbesar permainan video sebanyak £656 juta (RM3.95 bilion) terhadap Valve kerana mendominasi pasaran.
Valve juga dikatakan menjual permainan video dengan lebih mahal kepada pengguna di United Kingdom.
Tuduhan ini mengatakan Valve memaksa pengeluar permainan video dengan harga mahal selain mengenakan 30% komisyen.
5. Epic Games disaman kes loot box
Epic Games sudah mempunyai banyak kes-kes saman.
Tetapi ini adalah semasa kotak tikam mendapat perhatian dari kerajaan.
Sejak itu permainan video Epic Games seperti Fortnite sudah tidak lagi mempunyai loot box.
Antara sebab utama adalah loot box dikatakan mengajar kanak-kanak untuk berjudi.