5 lokasi permainan video yang betul-betul wujud

Permainan video banyak mengambil inspirasi dari dunia sebenar. Tetapi selalunya pasti akan ada sedikit perbezaan dengan tempat asal.

Sebagai contoh permainan video Assassins Creed banyak menggunakan tempat-tempat yang wujud di dunia nyata seperti Florence dan Colosseum di Rom.

Character approaches the  Colosseum in the real-world video game location of Rome, in Assassin's Creed Brotherhood.

Banyak sebenarnya tempat-tempat di dalam permainan video yang diinspirasikan tempat sebenar.

Lima lokasi permainan video yang boleh dilawati:

1. La Chapelle de L’ange au Violon dengan Gereja Sector 5 Slums (Final Fantasy VII)

The Final Fantasy VII Sector 5 Slums church.

Terletak di Caen, Normandia gereja ini sangat menakjubkan namun terbengkalai. La Chapelle de L’ange au Violon bermaksud Gereja Malaikat dengan Viola.

Peminat Final Fantasy VII pasti akan menyedari tempat ini sangat sama dengan Gereja Sektor 5 Slums.

Ia menampilkan mood yang lebih kepada harapan kerana ini pertama kali anda berjumpa dengan Aerith di dalam permainan video itu.

2. Phang Nga Bay, Thailand dengan Pulau Ko Tapu (Tomb Raider)

Phan Nga Bay ini juga digelar pulau James Bond semasa penggambaran James Bond The Man with the Golden Gun. Di dalam Tomb Raider, pulau ini digelar Ko Tapu.

3. Asase Shrine dengan Pulau Tashirojima (Genshin Impact)

I brought all the cats of Asase shrine to Neko because no resin. :  r/Genshin_Impact

Pulau ini tersembunyi di Pulau Seirai dalam Genshin Impact dan menjadi pulau kucing yang dipimpin oleh Pendeta Neko.

Ia sebenarnya adalah berdasarkan Pulau Tashirojima yang mempunyai banyak kucing berkeliaran dan bebas untuk hidup di pulau itu.

Kucing yang banyak di pulau itu adalah disebabkan oleh populasi manusia yang menurun dan akhirnya didominasi oleh kucing.

Tashirojima: A Guide to Visiting Japan's Famous Cat Island | Japan Cheapo

4. The Pantheon – Assassin’s Creed Brotherhood

Rom banyak memberi inspirasi kepada Assassin’s Creed: Brotherhood yang menggunakan bandar Rom untuk bermain.

The Pantheon adalah salah satu monumen penting dalam sejarah Rom yang dibina sekitar tahun 126-128 sebelum Masihi.

Malah, The Pantheon ini menjadi salah satu tempat yang penuh misteri akibat kekurangan rekod bertulis.

5. Menara Berkembar Petronas – Hitman 2: Silent Assassin

Sudah semestinya KLCC akan ada di dalam permainan video.

Hitman 2: Silent Assassin- Kuala Lumpur - YouTube

Hitman 2 memasukkan Menara Berkembar Petronas untuk satu misi terhadap apabila Agent 47 kembali dari berpencen.

Agent 47 perlu membuat satu misi untuk membunuh individu bernama Charlie Sidjan di Menara Berkembar Petronas itu.

Reminiscing The Hitman 2: Silent Assassin Levels Set In Kuala Lumpur,  Malaysia

Tempat mana lagi yang anda rasa anda ingin pergi dan wujud di dalam permainan video?

RELATED NEWS

+