5 manhwa dengan tema permainan video yang wajib anda baca

Manhwa kini menjadi medium baharu yang disukai ramai bukan sahaja manga.

Ia kini menjadi banyak pilihan ramai sebagai alternatif kepada manga.

Dikatakan manhwa adalah manga dari Korea Selatan dan perbezaan paling ketara adalah setiap panel penuh warna dan cara bacaan dari atas ke bawah.

Banyak sebenarnya genre dalam manhwa ini tetapi tidak ramai tahu sebenarnya terlalu banyak manhwa bertemakan permainan video.

Ini 5 Manhwa dengan tema permainan video yang wajib korang baca!

1. Hardcore Leveling Warrior

Hardcore Leveling Warrior: SAO Done Right?

Hardcore Leveling Warrior menceritakan Ethan yang menjadi pemain No.1 untuk permainan video terbesar didalam dunia yang digelar Lucid Adventure.

Namun perangainya tidak melambangkan langsung integriti sebagai pemain nombor satu.

Suatu hari Ethan dibunuh didalam permainan video itu dan kembali ke Level 1 semua.

Ethan kini perlu naik ke atas semua bersama-sama rakan baru dan musuh lama untuk berlawan dengan entiti baharu yang mungkin lebih jahat dari disangka.

2. Player Who Can’t Level Up

When The Player That Can't Level Up Chapter 72 Release Date ?

Menceritakan Kim Gigyu yang menjadi seorang pemain ketika berusia 18 tahun.

Inilah masanya untuk dia naik ke menara yang membawa malapetaka kepada bumi dan menjadi lebih hebat.

Selepas berjaya menghabiskan tutorial dia masih di Level 1. Namun, selepas lima tahun dia juga masih Level 1.

Siapa sangka ada juga pemain yang tidak boleh langsung menjadi lebih kuat untuk naik level.

3. The Strongest Florist

The Strongest Florist | WEBTOON

Jaeho adalah bekas atlet MMA (Mixed Martial Arts) yang sangat digeruni pihak lawannya.

Namun, Jaeho membenci MMA dan dia mahu menjadi seorang penjual dan pemilik kedai bunga. Tetapi bapa Jaeho tidak bersetuju dengan minat anaknya.

Dia kini melarikan dirinya ke dunia realiti virtual, New World untuk menjadi seorang penjual bunga di dalam permainan video.

Genre aksi komedi yang perlu anda baca.

4. Worn & Torn Newbie

The Worn and Torn Newbie Manga | Anime-Planet

15 tahun berlalu Lee Eojin sedar dia hanyalah pemain permainan video yang gagal.

Lee Eojin dihantar ke masa lepas untuk mula semula. Dia kini bersumpah untuk tidak lagi mengulang kesilapan yang sama dan menjadi yang terbaik di dalam permainan video yang dimainkan olehnya.

Bolehkah Eojin terus menjadi pemain terhebat di dalam Deus Ex Machina?

5. Omniscient Reader

Omniscient Reader Viewpoint Chapter 94: Release Date, Countdown, Spoilers,  Where to read online - Anime News And Facts

Dokja tidak sangka suatu hari novel kegemarannya ‘Three Ways to Survive the Apocalypse’ kini menjadi nyata.

Dia menjadi satu-satunya manusia di dalam dunia yang mengetahui pengakhiran novel itu.

Namun tanpa diketahuinya, watak protagonis novel yang dibacanya juga menjadi kenyataan.

Kini Dokja di dalam pengembaraan penuh elemen RPG untuk menyelamatkan manusia dari kehancuran oleh dewa-dewi yang hanya mahukan hiburan.

Apa lagi manhwa yang anda rasa patut orang baca?

RELATED NEWS

+