5 pasukan rebut slot ke Upper Bracket suku akhir

Selepas Team SMG dan Todak mengunci slot Upper Bracket Semi Final, kini tinggal dua slot Upper Bracket suku akhir yang masih kosong.

Slot ini disediakan kepada pasukan yang berada di tangga ketiga dan keempat liga.

Terdapat lima pasukan yang merebut slot ini dan pastinya mereka tidak mahu bermain di Play-in dan tersingkir lebih awal daripada pasukan lain.

Lima pasukan tersebut ialah Homebois, Team Lunatix, Red Esports, RSG Slate MY, Red Giants Esports.

Pasukan ini sudah mengunci slot ke Playoffs dan mereka tidak risau disingkirkan pada minggu terakhir.

HomeBois memegang kelebihan yang besar dengan perbezaan dua mata dengan Team Lunatix dan Red Esports.

Team Lunatix dan Red Esports sudah semestinya mahu memenangi perlawanan terakhir mereka untuk melonjakkan ke Top 4.

Mereka berkongsi mata dengan 13 mata meninggalkan RSG Slate MY dan Red Giants Esports.

Kedua-dua pasukan ini berjaya mendapat rentak pada minggu sebelum ini dan sudah semestinya mereka mahu mendapatkan tiga mata penuh untuk elak slot Play-in.

Mereka memerlukan keputusan daripada perlawanan untuk masuk ke Top 4.

Tugas sukar untuk Team Lunatix dan RSG Slate MY yang akan bertemu dua pasukan gergasi liga iaitu Team SMG dan Todak.

Homebois dan Red Esports akan berentap untuk melihat pasukan mana yang layak mengambil slot Top 4 tersebut.

Akhir sekali, Red Giants Esports akan menjadi penghalang untuk Team Haq dan cuba mengutip mata penuh untuk ke Top 4 juga.

RELATED NEWS

+