5 pemain profesional e-sukan yang buktikan mereka adalah yang terhebat

Ketika perlawanan menjadi sangat sengit dan susah, apa yang perlu anda buat hanyalah membuktikan kehebatan anda.

Inilah yang berlaku kepada beberapa pemain profesional e-sukan yang membuktikan mereka adalah yang terbaik.

Kadang-kadang apa yang perlu anda buat adalah mengalahkan pihak musuh dengan semua kelebihan yang anda ada.

Jom lihat lima pemain profesional e-sukan yang buktikan mereka adalah yang terhebat:

1. Daigo Parry dari Daigo Umehara – Street Fighter

Sudah semestinya perlawanan lagenda dari Daigo dalam pertandingan berprestij EVO.

Daigo ketika ini hampir kalah dan apa yang pihak lawannya perlu hanya membuat satu super Chun Li yang sangat susah untuk dihalang.

Namun, Ken yang digunakan Daigo berjaya menghalang serangan dari Chun Li, Justin.

Apa yang menakjubkan anda perlu memasukkan input yang tepat untuk 14 kali berturut-turut.

2. CEEEBBBBBB – Dota 2

Sudah semestinya jeritan CEB pasti diingati ramai.

Ceb menggunakan hero Axe ketika ini dan mereka sedang menghadapati masalah untuk berlawan dengan LGD.

Dia ketika ini berjaya menekan skill Berserker’s Call yang paling penting dan berjaya taunt tiga hero sekaligus membuat OG berjaya melawan balik.

Disebabkan taunt ini juga OG terus memenangi TI8 dan boleh dikatakan Berserker’s Call itu bernilai RM40 juta.

3. Tenz – VALORANT

Tenz ketika ini masih belum dikenali ramai namun semuanya bakal berubah ketika Tenz menghancurkan Luminosity Gaming dengan Reyna.

Dia pada mulanya hanya seorang pemain ganti untuk pasukan Sentinels.

Dalam set pertama perlawanan, Tenz dalam sekelip mata membuktikan dia bukan hanya pilihan terakhir dan sepatutnya pemain terhebat VALORANT bakal lihat untuk beberapa tahun ini.

4. Comeback Stewie2k – Counter Strike Global Offensive

Stewie2k pemain lagenda CSGO.

Namun ketika ini pasukannya berada di belakang 15 FaZe Clan : 14 Cloud9.

Ketika ini Stewie2k hanya mempunyai masa 16 saat sahaja lagi samada dia perlu membunuh semua musuh atau kalah.

Namun, Stewie2k dalam 10 saat terakhir, perlawanan menjadi 1 lawan 3.

Dia dalam masa beberapa saat sahaja berjaya mengalahkan tiga pemain FaZe Clan ini dan terus memaksa perlawanan ke masa tambahan.

5.Larian Shadow Fiend Miracle – Dota 2

Seperti namanya Miracle berjaya menunjukkan keajaiban.

Miracle ketika ini sedang melarikan diri kerana Shadow Fiend yang digunakannya hampir mati.

Namun, sebelum teleportnya habis, SF terkena pegun dari Alchemist dan apa yang Miracle buat selepas ini sangat menakjubkan.

Menggunakan Manta Style untuk menipu pihak lawan dan berlari memusing dan menarik perhatian lawan tanpa mengetahui dimana dia berada.

Semua yang dilakukan musuh tidak berjaya.

Jadi apa lagi permainan dan saat-saat seakan Goku menjadi Super Saiyan yang anda ingat ketika perlawanan e-sukan kegemaran anda?

RELATED NEWS

+