5 pergerakan paling susah nak buat dalam permainan video

Banyak permainan video yang memerlukan pergerakan dan arahan yang sangat susah serta skill yang sangat tinggi.

Pergerakan atau kombo pasti akan membuat tangan dan jari anda terasa susah.

Sesetengah pergerakan susah untuk dilakukan tetapi dengan latihan yang sangat lama.

1. Rolling Death Cradle – King – Tekken

Rolling Death Cradle antara kombo paling susah dalam Tekken dari karakter King.

Apa yang membuatkan kombo ini sukar kerana memerlukan input yang begitu panjang dan beterusan.

2. BMX Tricks dalam GTA V

Siapa sangka antara pergerakan paling susah adalah dari GTA V.

GTA V mempunyai fizik basikal yang boleh dikatakan sangat menakjubkan.

Tetapi ada pemain-pemain yang mampu mengawal BMX mereka sehingga membuatkan GTA V terasa seperti permainan video BMX.

3. Waveshine – Super Smash Bros Melee

Waveshine adalah satu teknik tahap tinggi yang boleh dilakukan oleh karakter Fox dan Falco yang memerlukan teknik wavedash dan menambah pergerakan ke bawah.

Pergerakan ini tampak mudah tetapi untuk buat secara konsisten semasa berlawan memerlukan latihan yang sangat lama.

4. Daigo Parry – Ken – Street Fighter

Klip lagenda dari EVO ini menunjukkan pergerakan yang sangat susah untuk dibuat di dalam Street Fighter oleh karakter Ken.

Apa yang membuat benda ini susah adalah anda perlu memasukkan input yang tepat untuk 14 kali berturut-turut.

5. Ash Trial 8 – The King of Fighters 13

Apa yang membuatkan Trial 8 ini sangat susah adalah pergerakan berturut-turut tanpa henti dengan sangat tepat tanpa silap dalam kombo anda.

Jika anda berjaya anda akan membuat sebanyak 46 hits.

Apa lagi pergerakan paling susah yang anda boleh buat di dalam permainan video?

RELATED NEWS

+