5 permainan video dengan elemen-elemen Malaysia – ada roti canai, KLCC dan lain-lain

Banyak permainan video menjadikan negara Malaysia sebagai rujukan. Ada yang masukkan makanan nasional ataupun bangunan bercirikan negara kita. Tidak lupa juga kebudayaan Malaysia yang ada di dalam permainan video.

Dari segi cara bercakap sehingga rujukan terus. Pasti sesetengah ini membuatkan anda berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Jadi jom lihat 5 permainan video dengan rujukan negara Malaysia:

1. Final Fantasy 15

Final Fantasy 15 adalah permainan video aksi RPG bersama Noctis dan rakan-rakannya. Banyak elemen Malaysia di dalamanya terutamanya makanan contohnya ada roti canai, satay dan juga kedai mamak yang ada teh tarik.

Square Enix dahulu mempunyai bekas Lead Designer iaitu anak tempatan, Wan Hazmer dan sudah mengharumkan nama Malaysia di dalam industri permainan video dunia.

Beliau berjaya memasukkan budaya Malaysia ke dalam Final Fantasy 15.

2. Uncharted 4: A Thief’s End

Uncharted 4: Thief’s End adalah permainan aksi pengembaraan dan juga siri ke-4 Uncharted.

Ada satu babak di dalam Uncharted 4 mempunyai peta bertulis ‘Hasnul Hadi’ yang juga bekas Naib Presiden Creative Content di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Misi “The Malaysian Job’ di dalam Uncharted 4 juga menceritakan tentang Malaysia.

3. Hitman 2: Silent Assassin

Walaupun permainan video ini sudah lama keluar pada tahun 2002, namun dalam edisi Hitman ini mempunyai Menara Berkembar Petronas.

Di dalam misi ini anda perlu mencari penggodam bernama Charlie Sidjan dan membunuhnya secara tersembunyi.

4. Just Cause 2

Just Cause 2 adalah permainan aksi sandbox. Di dalam permainan video ini terdapat satu pulau fiksyen yang bernama Pulau Panau menyerupai bandar di Sarawak seperti Miri dan Kuching.

Bahasa yang digunakan disitu adalah Bahasa Malaysia, Indonesia dan juga Tagalog.

Terdapat juga beberapa bangunan yang sama seperti yang ada di Malaysia dan juga versi lain untuk Menara Berkembar Petronas.

5. Street Fighter V

Di dalam Street Fighter V mempunyai satu stage yang bertempat di Malaysia. Walaupun rujukan itu cuma sedikit namun kita dapat melihat bangunan yang sama seperti resort di Malaysia.

Namun tempat ini berada di kepulauan dan mungkin ia adalah Pulau Redang di Terengganu.

Setakat ini sahaja 5 Permainan video dengan reference pasal Malaysia. Mungkin ada lagi permainan video lain yang mempunyai Malaysia sebagai bahan rujukan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64!!

RELATED NEWS

+