5 permainan video di mana kerja anda adalah hancurkan semuanya

Bila kita bermain permainan video, pasti pernah terlintas di fikiran untuk hancurkan pelbagai objek. Anda hanya ada satu misi iaitu hancurkan semuanya.

Sudah pasti ada perkara lain anda boleh buat tetapi membuat penghancuran adalah jalannya.

Ini 5 permainan video di mana kerja anda adalah hancurkan semuanya.

1. Katamari Damacy

Katamari kembali dengan kehancuran bola gergasi.

Permainan ini memerlukan anda untuk menggulung bola dari sebesar zarah sehingga sebesar galaksi.

Tampak mudah tetapi anda perlu menghancurkan dan menggabungkan kesemuanya menjadi satu bola gergasi penuh kehancuran.

2. Siri Earth Defense Force

Earth Defense Force bukan sinonim dengan penghancuran kerana anda selalunya menjadi orang baik yang perlu mempertahankan bumi.

Tetapi begitu banyak kehancuran akan berlaku ketika anda berlawan dengan serangan makhluk asing.

Walaupun anda insan yang baik tetapi kehancuran besar-besaran tidak dapat dielakkan.

3. Destroy All Humans! Reprobed

Anda menjadi makluk asing jenis Rosswell yang mahu menakluk bumi.

Sudah semestinya penaklukan tanpa penghancuran tidak akan berlaku.

Anda boleh mengguna UFO anda untuk menghancurkan bandar dan menggunakan senjata teknologi tinggi yang sudah pasti akan menghancurkan apa sahaja di hadapan anda.

4. Rampage

Rampage sangat sinonim dengan penghancuran.

Permainan ini mudah dan apa yang perlu anda buat hanya hancurkan semua benda yang anda di hadapan anda.

Anda boleh memilih dari pelbagai jenis raksasa dari Tikus Gergasi sehingga Cicak Gergasi untuk menghancurkan bangunan.

Rampange suatu ketika dulu menjadi salah-satu permainan paling seronok jika anda bermain bersama-sama rakan dan insan tersayang.

5.Teardown

Padan dengan namanya Teardown yang bermaksud meruntuhkan.

Apa yang anda perlu but di dalam permainan ini adalah meruntuhkan dan menghancurkan semuanya.

Anda boleh menghancurkan rumah dengan kereta mahupun lori. Lebih menarik, gunakan jentera berat untuk meruntuhkan bangunan.

Apa lagi permainan video yang anda rasa seronok untuk menghancurkan segalanya?

RELATED NEWS

+