5 permainan video Marvel terbaik yang anda patut main

Marvel selalunya terkenal dengan Marvel Cinematic Universe atau MCU.

Ramai tidak pernah mengambil kesempatan untuk bermain permainan video Marvel.

Ada di antara permainan video itu sebenarnya boleh dikatakan yang terbaik dan sangat berkualiti serta menyeronokkan.

Ini antara permainan video Marvel yang terbaik dan juga tidak ditelan dek zaman:

1. Marvel’s Spider-Man (2018)

Spider-Man dari Insomniac untuk PlayStation 4 nyata antara permainan video terbaik Marvel.

Anda akan menggunakan Peter Parker sebagai Spiderman dan berlawan dengan penjahat ikonik dari Spiderman seperti Rhino, Lizard, Vulture dan lain-lain.

Penuh dengan aksi, dan apa yang paling penting anda boleh berhayun sebagai Spiderman ke mana-mana di bandar New York.

2. Marvels’s Spider-Man: Miles Morales (2020)

Sambungan untuk Spider-Man dan kini anda akan menjadi Miles Morales penyambung legasi Peter Parker.

Sama seperti permainan video sebelumnya tetapi kali ini dengan twist sebagai Miles Morales yang mempunyai kuasa sama seperti Spiderman Peter Parker tetapi dengan tambahan renjatan penyengat.

Malah ada juga orang yang mengatakan versi ini lebih baik dari permainan video yang lepas.

3. Lego Marvel Super Heroes (2013)

Walaupun sudah 8 tahun Lego Marvel Super Heroes dikeluarkan, ia kekal sebagai salah satu permainan video Marvel paling menyeronokkan.

Anda boleh bermain bersama-sama keluarga anda.

Lego terkenal dengan lawak-lawak hambar atau tidak masuk akal dan melihat Avengers dan karakter jahat di dalam Marvel menukar personaliti ke arah yang lebih mesra keluarga nyata membuatkan anda ketawa.

Aksinya juga tidak terlalu berulang kerana anda boleh memilih banyak hero-hero Marvel yang lain untuk bermain sebagai versi Lego mereka.

4.Marvel vs Capcom 2 (2000)

Antara permainan video berlawan klasik dan Marvel vs Capcom 2 masih disukai ramai oleh peminat.

Lain daripada Marvel vs Capcom 3 dan ramai peminat lebih menyukai MvC 2 dari MvC 3 akibat beberapa perubahan yang dilakukan Marvel semata-mata untuk membuat promosi bersama filem Avengers dahulu.

Yang menariknya, lineup MvC 2 lebih banyak dari yang sekarang ini dan banyak watak-watak dari X-men masih kekal ada ketika ini.

5.X-men Origins: Wolverine (2009)

Sama dengan filem X-Men Origins, tetapi kali ini menceritakan Wolverine.

Permainan video ini boleh dikatakan antara permainan video yang lebih baik dari filem yang dipromosikan.

Malah menggunakan Wolverine dan berlawan dengan musuh ketatnya Sabretooth.

Permainan juga menyeronokkan dengan kombo-kombo yang ada.

Banyak lagi permainan video Marvel yang boleh dimasukkan tetapi setakat  ini hanya 5 ini sahaja yang menjadi antara permainan video Marvel yang terbaik.

RELATED NEWS

+