5 Permainan Video Pelik (Bahagian 2) – Ada lagi yang pelik

Sesiapa sahaja yang bermain permainan video untuk beberapa tahun mesti akan terjumpa beberapa permainan video yang pelik.

Ada yang popular malah ada yang terlalu pelik untuk dimainkan.

Tetapi ramai juga orang di luar sana yang suka dengan permainan video pelik sebegini.

Jom tengok 5 Permainan Video Pelik (Bahagian 2).

1. Hatoful Boyfriend

Permainan video ini nyata bukan untuk semua orang.

Apa yang akan anda buat apabila anda perlu keluar berjalan-jalan dan berkenalan dengan burung?

Dari berkenalan dengan manusia mahupun raksasa anda perlu mengambil tahu setiap perangai burung yang anda kenal.

Anda juga akan menghadiri St.PigeonNation’s Institute sebagai satu-satunya manusia di situ.

2. My Friend Pedro

Dalam My Friend Pedro anda adalah protagonis yang perlu berlawan.

Nanun apa yang membuatkan permainan video ini pelik kerana setiap perkara tidak baik yang anda lakukan adalah disebabkan oleh satu pisang.

3. Catherine

Walaupun pelik, Catherine antara permainan simulasi teka-teki ditambah dengan sedikit seram untuk menjadi antara permainan terbaik genre ini.

Anda akan menjadi Vincent yang terpaksa berada di dalam cinta tiga segi antara teman wanitanya Katherine dan perempuan yang dia curang iaitu Catherine.

Setiap malam anda akan diserang satu mimpi ngeri yang bermula dari bayi yang besar sehingga tangan ngeri yang dijelmakan.

4. Totally Accurate Battle Simulator

Totally Accurate Battle Simulator menjadi salah satu permainan simulasi penuh dengan karakter-karakter pelik.

Dari dewa-dewa besar sehingga ke pemanah yang menembak anak panah belon dan anak panah ular.

Banyak lagi jenis-jenis karakter yang ada.

Totally Accurate Battle Simulator pasti akan membuat anda gelak ketawa dengan semua benda yang pelik-pelik yang berlaku untuk kononnya menjadi simulati paling betul.

5. The Stanley Parable

The Stanley Parable adalah permainan yang anda perlu main untuk anda faham.

Anda akan menjadi Stanley dan semuanya akan berubah apabila ada latar suara yang akan mengambil dan mengawal kehidupan anda.

Latar Suara itu akan memberi banyak reaksi berbeza mengikut apa yang anda buat.

Jadi apa lagi permainan video pelik yang anda main?

RELATED NEWS

+