5 permainan video simulasi mengajar kemahiran di dunia nyata

Kadang-kadang dalam permainan video anda cuma hendak berehat dan bermain permainan simulasi yang pasti akan membuatkan anda meluangkan masa agak lama.

Permainan simulasi kali ini pasti akan memberi anda kemahiran dunia sebenar atau mengajar anda mencapai sesuatu di dunia sebenar.

5 Permainan Video Simulasi yang pasti memberi kemahiran untuk dunia sebenar:

1. PC Building Simulator

PC Building Simulator adalah permainan video simulasi untuk anda pasang apa sahaja jenis PC yang ada mahu.

Permainan ini juga mempunyai Career Mode dan anda akan berkerja sebagai orang yang memasang dan juga membaiki PC.

Apa yang paling mengagumkan semua barang-barang PC di dalam simulasi ini adalah barang-barang rasmi seperti Nvidia, AMD dan sebagainya.

Mendapat pengetahuan bagaimana untuk memasang PC juga antara ilmu yang penting untuk setiap gamer.

2.t heHunter: Call Of The Wild

Permainan video ini sesuai untuk anda yang teringin untuk memburu tetapi tidak ada apa-apa pengalaman atau cuma ingin merasa bagaimana untuk memburu.

Anda perlu belajar bagaimana cara untuk menembak dengan betul, mencari haiwan yang sukar untuk dijumpai, sama seperti yang terjadi di dunia nyata.

Anda juga boleh memburu rusa, khinzir hutan dan juga pelbagai haiwan-haiwan yang lain.

Permainan ini pasti akan membuat anda berasa seperti seorang pemburu.

3. Football Manager 2020

Tidak suka dengan cara pengurus pasukan kegemaran anda?

Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai cara permainan dan taktikal untuk pasukan bola sepak.

Football Manager pasti akan mengajar anda bagaimana untuk menjadi pengurus pasukan bola sepak sendiri.

Dari membuat senarai nama pemain bola untuk pasukan anda, jadual latihan, dan juga strategi ketiga perlawanan bola sepak.

Walaupun permainan ini hanya mempunyai banyak data dan nombor, tapi Football Manager 2020 pasti akan mengajar dan memberi anda pengalaman untuk menjadi pengurus bola sepak yang berdedikasi.

4. Microsoft Flight Simulator

Microsoft Flight Simulator adalah permainan video simulasi untuk membawa kapal terbang.

Anda perlu belajar cara-cara untuk terbangkan kapal terbang dan juga cara untuk mendarat.

Setiap panel dan suis yang ada di dalam kapal terbang anda juga amat penting untuk dipelajari.

Boleh dikatakan di dalam permainan video ini terdapat banyak lapangan terbang di serata dunia untuk anda terbang dan juga lawati.

5. Cities: Skylines

Kecewa dengan majlis pembandaran kawasan anda? Apa kata anda cuba Cities: Skyline untuk membina bandar urbanisasi anda sendiri.

Cities: Skylines pasti akan mengajar anda untuk menjadi pembina bandar yang berjaya.

Pengetahuan ini pasti akan membantu anda untuk lebih memahami bahawa menjaga bandar adalah tidak mudah.

Anda perlu bermula dari kemudahan awam untuk penduduk, mengatasi pencemaran, mengetahui cara-cara sebuah bandar membuahkan hasil, impak penggunaan jalan dan trafik dan lain-lain.

Cities: Skylines pasti akan membuat anda meluangkan berjam-jam untuk membina sebuah bandar terbaik.

Setakat ini sahaja lima permainan simulasi yang pasti akan memberi anda pengetahuan dan juga membantu anda untuk kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu perkara.

Apa lagi permainan simulasi yang anda main?

RELATED NEWS

+