5 permainan video yang menghukum penipu dan pengguna versi cetak rompak

Banyak pengeluar permainan video yang tidak suka apabila anda menipu dalam permainan video mereka.

Ada juga yang sudah semestinya tidak suka apabila anda menggunakan versi cetak rompak permainan mereka.

Ini yang dibuat oleh pengeluar permainan video bagi menghukum individu yang menipu dan menggunakan versi cetak rompak.

1. Buang save data anda (Banjo Kazooie)

Dalam Banjo Kazooie terdapat banyak kod penipuan digunakan.

Namun, apabila anda mahu menggunakan cheat code ketiga, satu ciapan dari Grunty akan muncul dan memberi amaran data anda akan dibuang dari permainan itu.

Pada mulanya data anda masih ada tetapi jika anda membuka permainan itu semula data anda akan hilang.

2. Crysis Warhead

Crysis Warhead menggunakan cara yang sangat kelakar untuk merosakkan pengalaman anda jika anda menggunakan versi cetak rompak.

Apa yang akan berlaku adalah setiap senjata yang wujud di dalam permainan itu akan hanya menembak ayam sahaja.

Bukan peluru tetapi ayam.

Malah senjata musuh anda juga akan menembak ayam.

3. Batman Arkham Asylum

Dalam permainan ini jika anda menggunakan Batman Arkham Asylum versi cetak rompak Batman tidak dapat melakukan beberapa perkara.

Yang pertama, anda tidak boleh meluncur di udara dengan Batman menjadikan permainan itu sangat susah.

Kedua, Batman tidak dapat menggunakan grappling hook dengan tepat dan sentiasa akan tersasar jauh dari tempat yang anda mahu pergi.

4. The Sims 4

Jika anda menggunakan The Sims 4 versi cetak rompak apa yang terjadi adalah karakter anda akan ditapis dengan pixel kotak.

Lama kelamaan pixel kotak ini akan merebak ke seluruh permainan sehingga anda tidak dapat melihat apa-apa kecuali kotak-kotak pixel sahaja.

Seperti filter Instagram untuk tapisan.

5.Serious Sam

Jika anda menggunakan versi cetak rompak Serious Sam akan ada satu makhluk alien kala jengking yang sangat pantas dan akan menyerang anda sehingga anda mati.

Alien kala jengking ini akan datang dan mengganggu anda sebaik-baik sahaja anda masuk ke dalam permainan video Serious Sam.

Banyak lagi sebenarnya permainan video yang akan menghukum anda.

RELATED NEWS

+