5 permainan video yang ‘mengubah’ memori zaman kanak-kanak kita

Permainan video selalunya akan membawa nostalgia dan keseronokan.

Namun, ada juga permainan video yang akan menyebabkan anda merasai nostalgia yang berbeza kerana faktor permainan video itu membawa pendekatan berlainan.

Sebagai contoh, lihat 5 permainan video ini yang seram dan pelik:

1. My Friendly Neighborhood

Anda akan menjadi seorang tukang baiki yang perlu menyiasat kejadian pelik di studio pertunjukan patung.

Patung-patung itu pula akan hidup untuk mengalahkan anda.

Apa yang menakutkkan ialah karakter alam cerita ini dinspirasikan dari Sesame Street.

Rancangan kartun yang sepatutnya sangat mesra ditukarkan menjadi patung-patung menakutkan.

2. Tattletail

Suatu masa dahulu patung Furby menjadi antara permainan yang sangat disukai ramai.

Namun, dalam Tattletail, patung itu ditukarkan menjadi suatu yang sangat menakutkan dan membuat anda tidak selesa.

Tettletail lain pula akan muncul untuk menghantui anda dan mengganggu anda sepanjang permainan.

3. Poppy Playtime

Kilang permainan ini menukarkan patung mainan yang tidak berbahaya menjadi hidup.

Patung yang hidup itu seolah-olah seperti dirasuk syaitan untuk membunuh anda.

Apa yang perlu anda buat hanya lari dari kilang itu sambil dikejar oleh Poppy.

4. Choo-Choo Charles

Berdasarkan Thomas the Tank Engine, Choo-Choo Charles mengambil serius dalam penukaran Thomas.

Dari rupa yang tidak menakutkan ditukarkan ke keretapi bermuka syaitan dengan kaki labah-labah yang akan mengejar anda.

Anda perlu bertahan dengan keretapi anda sendiri dan berlawan dengan Charles.

5. Five Nights at Freddy’s

Five Nights at Freddy’s menukarkan memori lama anda menjadi sangat menyeramkan.

Tanpa Five Nights, anda tidak akan mendapat banyak permainan video susulan selepasnya.

Five Nights at Freddy’s juga menjadi tunjang untuk perkara yang biasa seperti maskot kedai makan menjadi sesuatu yang membuatkan anda berfikir dua kali.

Apa lagi permainan video yang pernah anda main dan merosakkan memori zaman kanak-kanak anda?

RELATED NEWS

+