Dalam Honor of Kings, roamer adalah hero yang fokus untuk bantu lane lain, setup gank, kawal vision, dan beri bantuan di seluruh peta.
Hero yang power untuk roaming biasanya ada mobiliti, crowd control, dan sustain yang buat mereka paling ideal untuk berada di bahagian hadapan musuh.
Ini sebab kenapa Zhang Fei, Sun Bin, Zhuangzi, Liu Shan, dan Cai Yan dianggap sebagai roamer paling ideal untuk pemain baru dalam Honor of Kings:
1. Zhang Fei
Posisi: Tank / Fighter
- Crowd Control Yang Kuat: Zhang Fei ada banyak keupayaan untuk crowd control, seperti stun dan knock-up, yang membuatkannya sangat efektik untuk kawal pergerakan musuh dan setup kill untuk pasukan. Ultimatenya boleh mulakan teamfight atau halang musuh dari lari.
- Ketahanan Tinggi: Sebagai tank, Zhang Fei boleh tahan banyak damage ketika roaming, jadi dia boleh masuk fight atau ganggu musuh tanpa berbalas kecederaan. Sustain hero ini juga tinggi, jadi dia sesuai untuk berada di barisan hadapan.
- Mobiliti: Zhang Fei ada dash yang buat dia cepat engage dengan musuh atau roaming antara lane. Malah ultinya juga bersifat pertahanan dan serangan di mana kuasanya berubah menjadi set kuasa baharu dengan keupayaan knock-up musuh.
2. Sun Bin
Role: Support / Mage
- Utiliti Seluruh Peta: Sun Bin ada kemampuan untuk utiliti agresif dan pasif. Kuasa keduanya yang mampu menambahkan kelajuan pergerakan membolehkan rotation dilakukan dengan pantas dan kuasa pertamanya mampu poke musuh dari jauh.
- Penyembuhan dan Sustain: Sun Bin boleh sembuhkan ahli pasukannya dan beri sustain penting yang sangat berguna dalam teamfight berpanjangan di mana damage dikenakan kepada pasukannya akan diputar balik masa dan menambah kembali HP.
- Silence yang sekejap tapi berkesan: Ultinya juga mampu silence seketika, sesuai untuk teamfight besar-besaran dan ia bakal mengenakan damage tinggi selepas beberapa detik di mana kawasan dikenakan ulti itu akan meletup.
3. Zhuangzi
Role: Tank / Support
- Crowd Control dan Disruption: Zhuangzi sangat hebat untuk kawal medan pertempuran dengan crowd control yang hebat. Keupayaannya yang mampu memperlahankan pergerakan musuh dengan kuasa pertama dan berada di barisan hadapan untuk tambahkan stack damage pada kuasa kedua membuatkannya berguna untuk agresif dan defensive.
- Utiliti: Zhuangzi boleh beri perisai kepada ahli pasukan, kurangkan damage yang mereka terima. Ini sangat berguna dalam team fight dan masa gank di mana ia mampu mengelakkan ultimate dengan CC besar seperti Lady Zhen.
- Posisi dan Mobiliti: Pasif yang memberikan immune kepada crowd control setiap beberapa detik juga membantu hero ini untuk scout musuh dan boleh lari tanpa perlu risau dikenakan stun atau ditangkap.
4. Liu Shan
Role: Tank / Fighter
- Boleh melumpuhkan menara pertahanan: Pasif yang dimilikinya boleh membuatkan kuasa Liu Shan melumpuhkan menara pertahanan dari berfungsi untuk seketika. Ia berguna untuk komposisi pasukan yang suka tower dive.
- Mobiliti yang tinggi: Keupayaannya untuk memberikan stun, bergerak laju dan berpusing sambil mengenakan damage membuatkan hero ini kaya dengan mobiliti. Dia boleh mengganggu musuh, melarikan diri atau melumpuhkan tower dan dia juga mempunyai HP yang tinggi sebagai tank.
5. Cai Yan
Role: Support / Mage
- Disruption dan Control: Cai Yan ada banyak keupayaan crowd control, termasuk heal. Kuasa keduanya yang mengenakan stun yang melantun sangat berguna dalam teamfight.
- Heal yang berterusan: Dia juga mempunyai dua kuasa heal iaitu kuasa pertama dan ultimate sekali gus membuatkan komposisi lineup hero anda lebih sesuai main agresif dan tidak perlu gentar dengan crowd control yang tinggi.
Kesimpulan:
Lima hero ni — Zhang Fei, Sun Bin, Zhuangzi, Liu Shan, dan Cai Yan — semua adalah pilihan roamer terbaik dalam Honor of Kings kerana mereka menggabungkan crowd control, utiliti, sustain, dan keupayaan untuk membantu dalam teamfight. Sama ada anda nak ganggu musuh, bantu dapatkan kill, atau sokong objektif, hero-hero ni ada semua yang anda perlukan untuk menguasai peta dan beri impak besar kepada pasukan.
Foto: Honor of Kings
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!