5 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Kingdom Dekat Pawagam 18 Julai Ini!

Korang pernah tak rasa betapa excitednya bila dapat tahu yang manga korang gilakan tiba-tiba diadaptasi ke layar perak? Tapi tunggu dulu, manga apa yang special sangat sampai dapat screening dekat Malaysia ni?

Haa.. kalau korang nak tahu, manga Kingdom yang kini terjual lebih daripada 40 juta salinan di Jepun sudah diadaptasi kepada filem dan akan ditayangkan di Malaysia pada 18 Julai ini.

Filem arahan Shinsuke Sato dan dikeluarkan oleh Sony Pictures Japan ini penuh dengan elemen aksi dan persahabatan. Sebab apa saya kata filem ni best dan berbaloi tengok? Jom baca lebih lanjut (janji tak ada SPOILER!)

1. Pelakon utama pernah bintangi Bleach di Netflix

Ryo Yoshizawa yang juga membintangi sebagai Ei Sei (Raja negara Qin) sebenarnya kalau korang perasan pernah berlakon sebagai Ishida Uryuu dalam Bleach di Netflix. Ishida adalah seorang Quincy yang juga kawan karib kepada Ichigo.

Kualiti lakonan dia yang hebat akan buat korang enjoy tengok filem ni!

2. Kembara yang buat korang sentiasa berdebar

Sebagai anak yatim piatu, watak utama, Shin ingin mencari jalan keluar daripada menjadi seorang hamba. Impian Shin untuk menjadi jeneral paling berkuasa di bumi bukan angan-angan tapi dalam filem ni korang akan nampak kesusahan ditempuhinya.

Paling best apabila Shin turut disertai Ei Sei yang ditakdirkan menjadi Maharaja China dan beberapa lagi ally yang membantu menjayakan impian ni. Dengan kerjasama mereka berdua, hasrat untuk menyatukan Warring States di bawah satu empayar bakal jadi kenyataan.

3. Penuh emosi

Saya boleh gerenti yang korang akan relate dengan filem ni sebab emosi dia sampai habis! Akan ada babak banyak dialog (tapi tak bosan) yang buat korang terfikir betapa matangnya watak-watak ini buat keputusan dalam keadaan yang memang sukar (peperangan). Ada juga babak sedih yang akan buat korang mengalir air mata punya lah!

Human story pun tak mengecewakan sebab setiap karakter ambil berat akan satu sama lain. Dalam ni juga ada watak wanita yang juga salah seorang karakter utama (memang badass betul dia ni!).

4. Ada elemen kelakar

Siapa kata filem perang mesti serious je memanjang kan? Saya taknaklah spoil semua tapi kalau korang usha filem ni nanti, akan ada babak tak kering gusi antara karakter-karakter ni. 

Ada satu karakter tu memang comel dan cute! jadi korang takkan bosan tengok gelagatnya.

5. Friendship yang mendalam

Susah senang bersama walaupun tiada pertalian darah, daripada stranger kepada best friend! Itu hubungan akrab antara Shin dan Ei Sei sepanjang filem ini. Walaupun keduanya rasa tak memerlukan tapi mereka tetap disatukan sebab takdir. Shin ni ibarat seorang yang gila-gila dan Ei Sei pula lebih matang dan cool jadi gelagat diorang berdua memang best disaksikan.

Kedua-duanya mahir menggunakan pedang tapi korang kena tengok untuk tahu siapa yang lebih hebat!

— 

Jangan lupa untuk saksikan Kingdom di pawagam berdekatan korang bermula 18 Julai ini. Untuk info lanjut tentang filem ini di Malaysia, sila follow Instagram @primeworksstudios.film

RELATED NEWS

+