Banyak perlawanan dalam e-sukan sudah semestinya menarik dan sangat hebat untuk ditonton.
Tetapi semua saat ikonik ini tidak akan terjadi tanpa pengulasan (shoutcasting) daripada pengulas yang sudah semestinya membuat keadaan menjadi lebih riuh!
1. Lakad Matatag (Dota 2)
Lakad Matatag sudah menjadi sinonim dengan para pemain Dota 2.
Ulasan ini dilakukan oleh Dunoo ketika Team Secret berlawan dengan Fnatic.
Ayat itu sangat diketahui ramai sehingga Valve meletakkan di dalam Dota 2 sebagai voice wheel.
2. Woshige! (Guilty Gear Xrd)
Ketika EVO 2015, Woshige sedang berlawan Ogawazato dalam perlawanan yang sangat sengit.
Woshige menang satu perlawanan dan terus bangun dan menyambut kemenangannya awal.
Tetapi saat ini tidak akan menjadi lebih hebat tanpa pengulas yang juga terkejut dengan kekalahan Woshige.
3. Lompatan lagenda Coldzera menggunakan AWP (CS:GO)
Ketika Separuh Akhir MLG Colombus CS:GO, Luminosity sedang menghadapi masalah dan mereka bakal kalah.
Kemudia Coldzera membuat perkara yang paling tidak masuk akal iaitu no scope AWP dengan melompat dan membunuh kesemua musuhnya.
DDK pengulas ketika itu juga tidak mampu menahan betapa terkejutnya dengan kejadian itu.
4. Faker..What was that? (League of Legends)
SKT T1 sedang cuba unutk push ke atas KT Bullets tetapi perlawanan Faker 1v1 dengan KT.Ryu menjadi antara perlawanan paling diingati ramai.
Ditambah lagi dengan jeritan pengulas yang tidak sangka Faker sebenarnya boleh menang.
5. Wombo Combo (Super Smash Bros Melee)
Antara ayat paling ikonik dalam sejarah e-sukan iaitu Wombo Combo di mana kombo yang dibuat sangat-sangat menarik dan sukar untuk dilakukan akhirnya berjaya membuatkan musuh kalah.
Banyak permainan lain menggunakan ayat ini kerana Wombo Combo.
HomeMadeWaffles selaku pengulas ketika itu menjerit satu ayat paling penting dalam sejarah e-sukan.
Jadi apa lagi ulasan permainan dari pengulas e-sukan yang anda ingat?