Kadang-kadang bila bermain permainan video kita mahu mengelak dari permainan kompetitif yang sangat memenatkan.
Ada yang hanya mahu bermain permainan santai selepas penat bekerja seharian.
Ini 5 Game Santai korang patut main.
1.Journey
Journey adalah permainan video dimana anda perlu mengembara di padang pasir.
Walaupun permainan ini bukan permainan dunia terbuka tetapi pergerakan anda sentiasa membuat anda rasa dunia ini sangat luas.
Musik yang sentiasa mengambil perhatian dan emosi menjadi antara perkara paling menarik dalam Journey.
Tidak lupa juga anda akan berjumpa dengan banyak binatang mistikal dan juga mempunyai keupayaan untuk meluncur di udara.
2.Stardew Valley
Stardew Vally sentiasa menjadi antara permainan video santai paling diingati ramai.
Anda akan bermain sebagai pekerja bandar yang penat bekerja di bandar besar.
Kebetulan, atuk anda mempunyai satu ladang lama yang anda boleh bina semula untuk menjadi lebih baik.
Daripada menjaga ladang sehingga membuat banyak aktiviti lain anda sentiasa mempunyai sesuatu untuk dibuat dalam Stardew Valley.
3.Abzu
Abzu adalah permainan santai dimana anda menjadi seorang penyelam di mana anda boleh mengeksplorasi laut mengikut masa anda sendiri.
Terdapat juga banyak teka teki yang anda perlu selesaikan tetapi banyak juga runtuhan lama misteri untuk anda teroka.
Sudah semestinya anda juga dapat melihat banyak ikan di dalam laut dari yang kecil sehingga yang besar.
4.Tiny Glade
Tiny Glade boleh menjadi game yang mudah untuk anda terlupakan masa.
Anda boleh membuat banyak binaan seolah-olah tempat dari filem atau permainan yang ikonik.
Tiny Glade memudahkan anda untuk membina istana idaman anda.
5.Mini Metro
Penat dengan trek keretapi anda yang selalu lewat semasa masa kemuncak?
Mini Metro mengajar anda bagaimana untuk membina perjalanan keretapi yang lebih estetik tetapi juga sangat kompleks.
Sebagai seorang Pengarah bandar membangun, anda perlu menjaga tiga stesyen untuk memastikan kesemuanya lebih menarik dan sesuai untuk penumpang.
6.Unpacking
Unpacking adalah permainan yang memerlukan anda membuka kotak dan menyusun barang-barang tersebut di rumah anda.
Dari dapur sehingga ke bilik anda boleh mengemas kesemua barang-barang anda untuk menghias tempat tinggal baru.
Permainan mana lagi yang anda bermain untuk santai?