7.6 tan kad Pokemon palsu dirampas oleh polis Shanghai

Kad Pokemon kini bukan hanya sekadar untuk mengumpul tetapi ada orang yang betul-betul menggunakan kad Pokemon sebagai bentuk pelaburan.

Populariti kad Pokemon kemuncak pada hujung 90-an dan dahulunya peminat-peminat kad Pokemon ini hanya kanak-kanak.

Kini peminat-peminat lama yang sudah membersar mampu untuk membeli kad-kad Pokemon mereka sendiri yang sangat bernilai.

Trend mengumpul kad Pokemon kini bertukar menjadi satu bisnes besar-besaran.

Satu ciapan dari @yicaichina menunjukkan polis Shanghai merampas kad itu yang akan dihantar ke kastam Eropah untuk ke Belanda.

Terdapat 20 kotak kad Pokemon palsu dan kesemuanya adalah seberat 7.6 tan.

Perampasan ini adalah rampasan terbesar barang palsu yang sudah dibuat sejak beberapa tahun lepas.

Nasib baik kad-kad palsu itu dirampas sebelum terjual dan disebarkan kepada pengumpul kad-kad Pokemon yang lain.

Populariti kad Pokemon menyebabkan banyak kad-kad menjadi terhad dan ini menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mahu mengambil kesempatan dengan menjual kad palsu.

RELATED NEWS

+