Manga kini meningkat dalam populariti tidak kiralah anime ataupun siri.
Adaptasi anime tidak semestinya menceritakan kesemuanya, kadang-kadang cerita itu ditinggalkan di dalam manga.
Ini 7 Manga baru korang patut baca:
1. Centuria

Foto: Shueisha
Menceritakan Julian seorang remaja yang baru sahaja melarikan diri selepas membunuh seorang Blacksmith. Dia sebenarnya telah dijual oleh ibunya sendiri untuk menjadi seorang hamba.
Semuanya bermula apabila dia bersama-sama hamba abdi lain berada di atas kapal dibunuh oleh kapten kapal itu.
Di atas kapal itu Julian berjumpa dengan Mira seorang ibu mengandung yang memberikan kasih sayang pertama kepada Julian.
Disebabkan 100 orang telah dibunuh, sesuatu entiti eldritch laut telah datang untuk memberi kuasa kepada Julian.
Dia kini perlu menjaga Diana anak kepada Mira dan membesarkannya.
2.Ichi the Witch

Foto: Shueisha
Di dalam dunia yang mempunyai raksasa magic yang digelar Majiks.
Dunia ini juga mempunyai Witches yang hanya terdiri daripada wanita sahaja.
Ichi seorang remaja yang tinggal berseorangan di dalam hutan.
Suatu hari, Ichi secara tidak sengaja telah menjadi Witches lelaki pertama setelah dia berjaya mengalahkan seekor Majik.
3.After God

Foto: Viz Media
Jepun kini telah ditakluk oleh Dewa sehingga banyak bandar-bandar yang wujud hanya menjadi zon bahaya.
Penyelidik Anti-God, Tokinaga menjumpai Kamikura Waka seorang yang misteri dan mampu untuk mengubah dunia baru ini.
4.Choujin X

Foto: Viz Media
Menceritakan kawan baik Azuma Higashi dan Tokio Kurohara. Mereka berdua ini mempunyai personaliti dan kelebihan yang sangat berbeza tetapi kekal menjadi kawan baik.
Banyak benda berubah apabila tempat tinggal mereka dihancurkan oleh Choujin iaitu manusia dengan kuasa supernatural.
Apabila tiada cara untuk melarikan diri mereka berdua membuat keputusan untuk menjadi Choujin.
5.The Summer Hikaru Died

Foto: PIKA
Menceritakan dua kawan baik Yoshiki dan Hikaru yang tinggal di satu pekan terpencil di Jepun.
Walaupun mempunyai dua personaliti berbeza dan hobi berbeza kedua-dua mereka masih rapat.
Kesemuanya berubah apabila Hikaru terjatuh dan cedera parah apabila mendaki gunung berseorangan.
Hikaru kembali ke kampung setelah hilang tetapi Yoshiki sedar adakah itu Hikaru atau benda lain
6.Hirayasumi

Foto: Viz Media
Manga Slice of Life yang menceritakan Hiroto Ikuta seorang lelaki berumur 29 tahun yang tinggal di Asagaya.
Dia juga hanya bekerja separuh masa dan lebih banyak bersembang dengan penduduk setempat.
Suatu haro, Hiroto telah diberikan rumah pusaka oleh jirannya dan kehidupannya bakal berubah.
7.Wild Strawberry

Foto: Shueisha
Pokok-pokok dan flora kini telah berevolusi. Makhluk ini kini mampu untuk memakan manusia dan menjadi raksasa menakutkan yang digelar Jinka.
Kingo dan Kayano adalah adik beradik yang terpaksa hidup di dalam dunia baharu yang sukar ini.
Suatu hari, Kayano adik perempuannya telah menjadi Jinka dan Kingo sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadikan adiknya manusia semula.
Manga apa lagi yang bakal menjadi pilihan nanti?