9 Pemain PUBG Malaysia Yang Kacak Lagi Bergaya, No. 1 Tu Paling Power!

Demam PUBG sedang melanda satu dunia sekarang ini sampaikan viewership meningkat naik sangat drastik seiring Mobile Legends! Dengan itu, ada lah yang cakap gamers ni kerja dia main game je tapi tak pandai jaga penampilan!

Ingat pemain bola sepak je yang berwajah kacak dan stailo? Komuniti PUBG pun ada ramai yang hensem and multi-talented tau! Ada juga yang selalu ke gym. Jadi siapa cakap gamers tak amalkan healthy gaming dalam kehidupan mereka?

Di sini penulis senaraikan 9 pemain PUBG (PC & Mobile) yang kacak lagi bergaya!

 

9. Elliot “Reivax” Xavier

Pasukan: FrostFire PUBG

Usia: 25 tahun

FB Page: Elliot “Reivax” Xavier

Pemain PUBG di PC ini bukan saja memiliki wajah yang kacak. Sebelum menyertai skuad FrostFire, beliau pernah bekerja sebagai seorang pramugara di syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Dikenali dengan kemahirannya bermain sniper, remaja berusia 25 tahun ini memang handal buat sasaran jarak jauh! Jom usha klip video di bawah. Fuhh hebat betul.

Pernah berkhidmat sebagai steward untuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Gambar: FB Elliot Xavier

 

8. Mohamad Hafizi “Geek” Baharudin 

Pasukan: Yoodo Gank

Umur: 23 tahun

FB Page: Geek

Geek dah dikenali dalam komuniti PUBG Mobile sejak baru-baru ini apabila beliau bermain di bawah Gank.FTY (kini dikenali sebagai Yoodo Gank). Berwajah jambu dan masih lagi muda (23 tahun), beliau mempunyai masa depan cerah dalam PUBG Mobile. Terbaru, beliau baru saja layak ke PUBG Mobile Club Open SEA Semi-Finals di Shanghai, China bersama pasukannya dan pernah memenangi PUBG Mobile National Championship (PMNC).

Ditanya kenapa berminat main PUBG Mobile, Hafizi berkata, dia mula bermain permainan seperti CS:GO, COD dan Battlefield untuk habiskan masa lapang. Kemudian apabila mula bermain PUBG Mobile, dia mula sertai pertandingan bersama ManParang (Aiman Mohd) dan mengajaknya sertai pasukan GANK untuk main di tournament.

Hobinya pula adalah melancong!

 

7. Amirul “Erulll” Afiq

Gambar: FB Amirul Afiq

Pasukan: The Face Gaming (TFG)

Umur: 20-an

FB Page: Amirul “Erulll” Afiq

Sekali pandang mungkin tak ramai yang tahu jejaka kacak ni sebenarnya handal main PUBG. Amirul atau lebih dikenali sebagai Erull kini bermain di bawah pasukan The Face Gaming (TFG).

Kalau korang perhatikan strim Erull, beliau mahir dengan senjata M4 dan Mini. 

Dan jangan tak percaya kalau sebelum ni beliau pernah jadi DJ. Multi-talented weh!

Gambar: FB Amirul Afiq

 

6. Muhammad Fauzi “ESVGメG” Makhdar

Gambar FB: Fauzy Makhdar

Pasukan: Extreme Savage

Umur: 24 tahun

FB Page: Extreme Savage e-Sport

Fauzi atau lebih dikenali sebagai G’丶ESVG bukan saja gemar bermain gym tapi abang sado ni pun cukup hebat dalam PUBG Mobile! Kata Fauzi, beliau lebih meminati permainan ini kerana PUBG Mobile bergantung pada kemahiran dan idea individu, berbanding game lain yang 100% bergantung pada kerjasama sepasukan.

Selain menyertai tournament PUBG, beliau juga suka ride motor dan melancong.

Gambar FB: Fauzy Makhdar

 

5. Muhammad Afiq Abdul Aziz (Yakuza XGaming)

Gambar FB: Yakuza XGaming

Pasukan: VIP Squad (Victorious in Play)

Usia: 20-an

FB Page: Yakuza XGaming

Jejaka bermodalkan wajah jambu ini mempunyai populariti lebih kurang seperti Bosskur Fredo (Mobile Legends) dan sekarang mempunyai lebih 180,000 pengikut di FB Page miliknya. Disebabkan personalitinya yang bersahaja dan selalu berinteraksi dengan penonton, strim beliau boleh mencecah hingga 500,000 tontonan!

Baru-baru ini Yakuza bermain bersama VIP Squad dan layak ke PUBG Mobile Club Open Semi Final di Shanghai, China!

Gambar FB: Yakuza XGaming

 

4. Ibnu Lutfi (SFメIBBNUU)

Gambar FB: Ibnu Lutfi

Pasukan: Stadium Fighter

Umur: 26 tahun

FB Page: Stadium Fighter Malaysia

Bermula dari pasukan yang tak dikenali yang beberapa kali berdepan kekalahan, Ibnu Lutfi atau SFメIBBNUU mempunyai kawan-kawan dan keluarga yang menyokong beliau sejak awal pembabitannya dalam PUBG Mobile.

Sampai sekarang, jejaka tampan ini memimpin skuad Stadium Fighter Malaysia dan mendapat kemenangan terulung mereka di kejohanan Konistra tak lama dulu. Selain main PUBG, beliau suka main futsal dan ke gim bagi menjaga penampilan.

Gambar FB: Ibnu Lutfi

 

3. Afiq “Chii” Afzainizam

Gambar FB: Afiq ‘Chii’ Afzainizam

Pasukan: The Face Gaming (TFG)

Umur: 30-an

FB Page: Afiq ‘Chii’ Afzainizam

Sebagai pengasas Lucro PC, Afiq seorang yang sangat berdedikasi dan mempunyai matlamat dalam hidupnya biarpun dah menginjak usia 30-an. Beliau yang juga ahli skuad TFG baru-baru ini mempunyai pencapaian yang membanggakan apabila meraih 200,000 pengikut di laman FB Page Gaming miliknya.

Bersama skuadnya, Afiq pernah mewakili Malaysia ke kejohanan di Australia. Kalau tak main PUBG dan stream, beliau akan sentiasa ke gym untuk keep in shape!

Gambar FB: Afiq ‘Chii’ Afzainizam

 

2. Farhan Johari (Era of the Geeks)

Gambar: Era of the Geeks

Pasukan: The Face Gaming (TFG)

Usia: 30-an

FB Page: Era of the Geeks

Pengasas group komuniti Dahi Gang ini memang confirm ramai orang kenal! Farhan Johari atau Era of the Geeks adalah salah seorang ahli The Face Gaming. Beliau juga selalu dipanggil dengan nama 10K dalam kalangan pemain PUBG di PC.

Sama seperti Afiq, Han juga sudah berjaya mencecah 200,000 pengikut di FB page miliknya dan sekarang masih meningkat naik. Kalau kelapangan, abang sado ini akan ke gym untuk stay in shape!

 Kalau ajak gusti lengan ni agak2 boleh menang tak? haha

Gambar: Era of the Geeks

 

1. Sean “BadMaN” Tan

Gambar: FB page Sean “BadMaN” Tan

Pasukan: Battle Arena Elites

Umur: 20-an

FB Page: Sean “BadMaN” Tan

Rasanya tak boleh dinafikan rupa paras beliau memang tak lari dari wajah model. Sean Tan dari Battle Arena Elites bukan saja seorang pemain profesional tapi beliau juga strim di laman Facebook miliknya, dalam bahasa Inggeris.

Gadis-gadis di luar sana kena la follow stream Sean kalau nak tau dia masih single ke tak okay? 

Ada tak member yang korang kenal tak ada dalam list

——

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Usha video kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+