8 permainan e-sukan diumumkan untuk Sukan Asia 2022, tiada Mobile Legends, Wild Rift

Majlis Olimpik Asia (OCA) mengumumkan lapan (8) permainan video e-sukan yang akan muncul sebagai acara berpingat untuk Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China yang akan bermula September tahun depan.

Ini adalah kali pertama e-sukan bakal dipertandingkan di Sukan Asia 2022.

8 permainan video itu adalah:

  • Arena of Valor versi Sukan Asia
  • Dota 2
  • Dream Three Kingdoms 2
  • EA Sports FIFA
  • Hearthstone
  • League of Legends
  • PUBG Mobile versi Sukan Asia
  • Street Fighter V

4 dari 8 permainan video ini bergenre MOBA.

Arena of Valor dan PUBG Mobile berkemungkinan adalah versi Honor of Kings dan Game For Peace.

OCA juga memberitahu Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) bakal menjadi penganjur e-sukan untuk Sukan Asia kali ini.

Mereka bertanggungjawab untuk kelayakan dan juga operasi. OCA juga mengumumkan dua sukan demonstrasi akan ditunjukkan iaitu Robot Masters dan VR sports.

Ini juga bukan pertama kali e-sukan membuat kemunculan di Sukan Asia.

Pada tahun 2018 e-sukan dipertandingkan di Sukan Asia 2018 di Indonesia sebagai sukan demonstrasi.

RELATED NEWS

+