8 permainan video yang kita selalu main dekat kafe siber dulu

Anda mesti ingat dulu-dulu pergi ke kafe siber yang penuh dengan pembesar suara kuat dan juga papan kekunci yang ada keys hilang.

Tidak lupa juga monitor besar dan tetikus yang sensitivity yang tidak membantu.

Nostalgia bermain bersama-sama rakan juga menjadi antara sebab kita berkawan dengan ramai orang.

Siapa yang berjaya menjadi orang yang paling dikenali di kafe siber pasti akan merasa bangga.

Boleh dikatakan kafe siber banyak merapatkan hubungan sesama rakan-rakan malah ada yang hanya anda kenal di kafe siber sahaja.

1. Counter Strike – Source

Counter Strike adalah antara sebab ramai budak-budak sekolah awal 20-an tidak hadir ke sekolah pergi ke kafe siber.

Counter Strike Source ini pada mulanya hanya satu mod untuk Half-Life 2 tetapi Valve kini menukarkannya kepada Counter Strike Global Offensive.

Paling tidak boleh dilupakan apabila semua orang membuatkan monitor mereka sedikit senget supaya kawan anda tidak dapat melihat skrin anda.

2. Half Life 2 Mod Deathmatch

Half Life 2 jarang sekali dulu orang main untuk mod story.

Tetapi Deathmatch Half Life 2 sudah menjadi alternatif untuk CS apabila ramai sudah bosan dengan CS.

Half Life 2 Deathmatch dengan permainan yang begitu pantas.

Tidak dilupakan peta Crossfire yang mempunyai butang nuklear dan bunker yang penuh senjata untuk anda kawal.

Keseronokan apabila berjaya menekan butang nuklear untuk mengalahkan semua pihak lawan sangat memuaskan.

3. Mission Againts Terror (M.A.T)

M.A.T adalah permainan FPS dari Suba Games yang keluar pada tahun 2010.

Apa yang menjadi tarikan orang ramai adalah Clan Wars dan juga berlawan dengan AI yang pelbagai seperti boss-boss yang seakan raid boss.

PVE dalam M.A.T yang menjadi antara tarikan utama permainan video ini.

4. Ragnarok Online

Sudah pasti Ragnarok Online akan ada.

Ragnarok Online yang menjadi fenomena antara MMORPG terawal dan paling terkenal di dalam dunia.

Apa yang lebih menakjubkan francais Ragnarok masih lagi dimainkan secara meluas sehingga sekarang (kini banyak di peranti pintar).

Dengan sistem class yang begitu mendalam dan pengembaraan di dalam dunia besar Midgard pasti Ragnarok akan mengimbau nostalgia.

5. Highstreet 5

Highstreet 5 mendatangkan satu fenomena permainan video musik di Malaysia.

Ketika ini ramai masih bermain Super Dancer Online (SDO) yang juga salah satu permainan video musik yang popular di Malaysia tetapi Highstreet 5 membawa genre ini jauh ke hadapan.

Permainan video sosial dan musik ini menjadi antara penyebab ramai orang sanggup mengumpul duit semata-mata untuk mencantikkan karakter masing-masing.

Tidak dilupakan juga rasa bangga menjadi antara pemain terbaik di kafe siber anda.

6. DotA Allstars

DotA Allstars adalah satu permainan video wajib dari mod Warcraft III yang ramai orang main.

Ketika ini setiap orang mempunyai akaun Garena untuk bermain Dota.

Pada ketika ini genre MOBA juga masih baru malah frasa MOBA itu sendiri masih belum wujud.

Melihat video-video WoDota dengan lagu We Are Electric dari Flying Steps pasti akan mengimbau kembali fasa-fasa awal Dota dan juga Basshunter dengan lagu Dota yang menjadi viral kepada semua peminat Dota suatu ketika dahulu.

Dengan jumlah hero-hero yang ada siapa sahaja pasti akan cuba DotA Allstars ketika itu.

7. BlackShot

BlackShot adalah MMOFPS yang begitu pantas cara bermainnya dan mempunyai banyak Mercenaris dan loadout yang penuh dengan fungsi kustom.

Jika anda tidak main M.A.T, maka BlackShot akan menjadi pilihan anda.

8. Gunbound

Gunbound walaupun nampak mudah tetapi antara permainan video strategi menembak yang lebih mendalam dari bermain Worms Armageddon.

Dikeluarkan oleh Softnyx, Gunbound menjadi antara permainan video strategi yang ramai bermain kerana dahulunya hanya strategi sahaja yang menentukan kemenangan anda ketika bermain Gunbound.

Dengan pelbagai jenis Mobile dari Binatang sehingga ke Mesin yang mempunyai mata.

Setiap Mobile akan mempunyai kelebihan dan kuasa masing-masing.

Jika anda rindukan Gunbound, terdapat versi GunboundM  yang boleh dimain di iOS dan Android.

Setakat ini sahaja 8 Permainan Video yang kita selalu main dekat kafe siber dulu.

Apa lagi permainan video yang anda selalu main dulu-dulu dekat kafe siber?

RELATED NEWS

+