A Boy and His Blob akan menerima versi Nintendo Switch

Selepas 11 tahun, permainan yang cukup terkenal di Nintendo Wii suatu ketika dahulu, A Boy and His Blob, dikatakan akan dilancarkan untuk versi Nintendo Switch. 

A Boy and His Blob adalah permainan teka-teki pengembaraan 2D, yang pada asalnya dilancarkan untuk NES sebelum diimaginasikan semula dengan beberapa penambahbaikan untuk pelancaran pada 2009 oleh WayForward Technologies.

Pemain perlu mengawal satu karakter budak lelaki yang akan bekerjasama dengan satu makhluk ‘blob’ untuk menempuh cabaran yang akan mereka hadapi. Blob itu pula boleh diberi makan pelbagai jenis jelly bean untuk meneruskan pengembaraan selain membolehkan blob itu berubah kepada 15 jenis bentuk.

Terdapat 4 dunia yang perlu diterokai selain 40 peringkat cabaran yang perlu diselesaikan. 

Michael Devine daripada Ziggurat Interactive, penerbit permainan ini, melalui kenyataan media menyatakan “Kami teruja untuk mengumumkan permainan ini untuk versi Switch, yang merupakan permulaan bagi komitmen masa panjang dengan dunia A Boy and His Blob.”

“Permaian seperti Blob hanya muncul sekali dalam satu masa dan kami sangat teruja untuk menyambung pengembaraan Blob bersama rakan kami di WayForward untuk peminat lama dan juga baru.”

A Boy and His Blob sebelum ini menerima versi PlayStation dan Xbox pada 2016 sebelum dilancarkan di platform Android dan iOS pada 2017. 

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+