Epic Games Store dan tawaran akan berakhir pada 26 Februari ini."> Epic Games Store dan tawaran akan berakhir pada 26 Februari ini." /> Epic Games Store dan tawaran akan berakhir pada 26 Februari ini." />

Absolute Drift dan Rage 2 kini percuma di Epic Games Store

Dua permainan percuma minggu ini di Epic Games Store adalah Absolute Drift dan Rage 2. Kedua-duanya kini boleh ditebus melalui aplikasi Epic Games Store dan tawaran akan berakhir pada 26 Februari ini.

Seperti yang dinyatakan dalam tajuknya, Absolute Drift ialah permainan tentang drifting. Anda mengawal sebuah kereta dan perlu mengumpul markah dengan melakukan aksi-aksi seperti drifting, lompatan, donuts, dan banyak lagi.

Rage 2 pula ialah sebuah permainan first-person shooter (FPS) yang dikeluarkan oleh Avalanche Studios dan id Software. Permainan ini boleh dimain secara multi-pemain. Oleh itu, pastikan anda mengajak kawan-kawan anda untuk menebus permainan ini di Epic Games Store.

Permainan percuma seterusnya di Epic Games Store ialah Sunless Sea. Ia boleh ditebus bermula dari 27 Februari hingga 5 Mac ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+