Epic Games Store dari hari ini hingga 15 Oktober."> Epic Games Store dari hari ini hingga 15 Oktober." /> Epic Games Store dari hari ini hingga 15 Oktober." />

Abzu dan Rising Storm 2: Vietnam kini percuma di Epic Games Store

Dua permainan PC percuma yang ditawarkan pada minggu ini di Epic Games Store adalah Abzu dan Rising Storm 2: Vietnam. Kedua-duanya boleh ditebus melalui aplikasi atau laman web Epic Games Store dari hari ini hingga 15 Oktober.

Abzu ialah sebuah permainan pengembaraan lautan di mana anda akan bermain sebagai seorang penyelam. Kualiti grafik dan rekaan visual permainan ini mendapat banyak pujian daripada pengkritik-pengkritik profesional. Ia juga sering digambarkan sebagai permainan yang menenangkan.

Rising Storm 2: Vietnam pula merupakan permainan first-person shooter (FPS) taktikal yang menggunakan Perang Vietnam sebagai latar belakang. Permainan ini lebih menekankan permainan multi-pemain yang realistik di mana semua pemain harus bekerjasama untuk menyiapkan objektif dan menewaskan musuh.

Pada minggu depan, dua permainan percuma lain yang akan menggantikan dua permainan di atas adalah Amnesia: A Machine for Pigs dan Kingdom New Lands. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menebus dua permainan percuma yang hebat ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+