Pada awal bulan Mei tahun ini, CD Projekt Red mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah pembentangan pada 11 Jun 2020 bertajuk Night City Wire untuk mengongsikan maklumat baharu mengenai permainan video baharu mereka Cyberpunk 2077.
Malangnya, pembentangan tersebut telah ditangguh ke 25 Jun 2020. Sama seperti pembentangan PS5: The Future of Gaming, penangguhan ini dibuat kerana mengambil kira isu politik dan perkauman yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.
We decided to move Night City Wire to Jun 25th. We still look forward to sharing new information about CP’77, but more important discussions are happening right now and we want them to be heard. We wholeheartedly stand against racism, intolerance and violence. Black Lives Matter.
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) June 2, 2020
Penulis dapat menjangkakan banyak lagi acara dan pembentangan permainan video akan ditangguh akibat apa yang sedang berlaku di Amerika Syarikat. Negara tersebut merupakan tanah air banyak studio pembangunan permainan video dan juga antara permainan video terbesar di dunia.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.